Thursday, April 14, 2011

Adakah kita lupa?

Alhamdulillah wa syukurillah... bersyukur padaMu Ya Allah.. Aku Mohon petunjukMu,, rahmatMu sepanjang masa.. Alhamdulillah wa syukurillah ... bersyukur padaMu Ya Allah...

Firman Allah yang bermaksud:
" sesungguhnya mengingat Allah itu terlebih besar(faedahnya)".               ( Al-Ankabut: 45)

Membaca buku berjudul 'Penenang Jiwa perubatan dan rawatan yang diterjemahkan oleh Muhammad Qadirunnur daripada kitab Mukashafah Al- Qulub yang dikarang oleh Iman Al-Ghazali. Ada tajuk mengingati mati, Rasulullah mengingatkan kita supaya ingatlah mati 20 kali sehari semalam. Erm terus menusuk kalbu dengan ayat tersebut. Ya Allah alpanya diri ini.. sedangkan diri ini masih perlu sentiasa bertaubat kepadamu, takutnya diri ini akan seksa nerakaMu.. kemarin seorang sahabat menceritakan tentang ciri-ciri ahli Neraka..nauzubillah takutnya... Dari Abi Hurairah r.a katanya: Rasulullah saw bersabda" Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir.  Peringatan buat diriku yang mudah alpa, anak-anak didikku, keluargaku yang disayangi, buat teman2 seperjuangan, sahabat-sahabat dan semua ummat Islam  sentiasalah muhasabah diri, perbaiki amalan dan perbaiki akhlak.. Semoga amalan kita semua diberkati dan diterima Allah agar kita semua tergolong dalam orang-orang yang beriman dan ditempatkan ke dalam syurga. Oh Tuhanku ku tak sanggup ke nerakaMu. Sangat menakutkan, minumannya adalah air yang mendidih, makanannya adalah duri-duri ..ada disebutkan dalam:
Firman Allah yang bermaksud:
Bismillahirrahmanirrahim"  Adakah telah sampai kepadamu berita kiamat?. beberapa muka(orang) pada hari itu tunduk hina. Yang bekerja lagi payah.Dia akan memasuki neraka yang panas. Diberi minuman dari air mata yang amat panas. Tidak ada makanan untuk mereka, kecuali pohon yang berduri. Yang tidak menggemukkan dan tidak pula mengenyangkan". (Surah Al-Ghaasyiyah: Ayat 1-7).
Takut dengan apa yang telah diberi peringatan oleh Allah dalam Al-Quran. Namun diri ini tetap juga alpa.. Ya Allah ampunilah dosaku, aku takut untuk ke nerakamu Ya Allah.. Masukkanlah kami ke dalam SyurgaMu ya Allah, berkatilah Hidup kami ya Allah.
Rasulullah bersabda: sampaikanlah walaupun satu ayat. 
Semoga peringatan ini dapat sama-sama kita mengambil iktibar dan mengubah cara hidup kita untuk menjadi insan yang lebih dan lebih baik lagi. Solat itu dijaga,,solat itu tiang agama.. tutuplah aurat dengan sempurna InsyaAllah. Dan tingkatkan keimanan diri kita dari satu masa ke satu masa yang lain dan terus menerus sehinggalah kita dimatikan dalam keadaan beriman dan dirahmati Allah.. Amin



Sunday, April 10, 2011

PAPRIK SEAFOOD

Assalamualaikum buat para penonton segmen masak-masak :).. Selamat mencuba bagi yang inginkan resepi ye.. Penambahbaikkan ikut resepi masing-masing, saya leh share yang termampu yang saya sediakan khas untuk dinner kami bersama.

BAHAN-BAHANNYA:
Sotong Ikut suka hati erm untuk beberapa orang makan
Udang ikut selera diri untuk beberapa orang makan
Bawang besar - 2 biji
bawang putih - 2 ulas
Daun limau purut yang di tanam sendiri( fresh dari ladang) 3/4 helai
Serai yang ditanam sendiri baru nak jadi anak-anak so belilah serai - 3 batang digunakan
Sos cili agak-agak
Sos tomato 1 sudu besar
Sos tiram 1sudu ( agak-agak)
sedikit cili kecing yang telah diblander dalam 2 sudu besar
garam
sedikit gula jika sos cili tak manis
sedikit minyak
sayuran yang ingin dimasukkan mengikut citarasa anda, yang penting carrot n long bean hehe

CARA MEMASAK:
ketukkan bawang putih 2 ulas itu
kemudian tumiskan bawang putih dlm minyak dan masukkan daun limau purut tadi dikoyakkan sahaja, masukkan juga serai yang telah diketuk sebanyai 2 batang dahulu...
kemudian masukkan kesemua sos2, garam dan gula, dan masukkan sedikit air dan sotong dan udang sehingga mendidik.
setelah mendidih , masukkan sayur2 ran hingga agak masak sedikit dan insyaAllah siap...


Ini hasilnya:
                                           Paprik kasih sayangku n Mr. suami

Alhamdulillah dapat menyiapkan beberapa resepi untuk meraikan suamiku yang semakin pulih dari kecederaannya.. so semalamnya masak singgang je dah macam aku makan masa pantang suatu ketika dahulu hehehe,, so malam ni masak laa yg special pulak untuk Mr. suami hehe.. Ada gizi seimbang lagi..saksikanlah
Ini merupakan masakan gizi seimbang, lauk untuk orang pantang ada, buah betik, carrot dan kundang, ikan bawal itu fresh dari lauk, ada kawan Mr. suami yang bagi..pergh sangat berkilat dan manis sgt2.. masak stim pun sodap..sayur2 telah termaktub di dalam paprik sekali hehe.

TRAGEDI APRIL - become a memory

Alhamdulillah dapat juga menulis hari ini.
Ahad 3/4/2011 aktiviti bersama kami seperti sesetengah orang lain juga , menghabiskan weekend di rumah dengan melakukan pelbagai kerja-kerja yang tidak dapat diselesaikan semasa hari bekerja. Petang Ahad, setelah kami siap mengemas rumah, makan dan solat, kami membuat keputusan untuk keluar mencari almari kerana rumah kami diserang oleh cik anai-anai. Bukan umah kami saje yang kena, rumah jiran-jiran pun memang kena, so berjangkit-jangkit laa. Akhirnya setelah sekian lama mr. suami kata x perlu beli almari, akan tetapi oleh kerana cik anai-anai telah menyerang , kami terpaksalah mencari boxes or pape jerk yang materialnya berdasarkan plastik or besi hehe.. untuk bilik belakang. Then oleh kerana banyak lagi barang-barang dan buku yang perlu dikemaskan dengan proper sekali (haha rojak.. jgn mare abangku sayang, al-maklumlah suamiku adalah pakar bahasaku di rumah hehehehe) kami pun terpaksalah membeli almari. Maka ahad tu kami menjadikan aktiviti mengemas almari merupakan aktiviti bersama kami. Mr. suami and I pun memasangnya hinggalah siap. Ini antara bukti-bukti kejadian hehehe:

so Alhamdulillah pada hari tersebut juga semuanya telah siap dikemas.
huhu tapi yang sedih pada keesokkan harinya 4/4/2011 inilah takdir Allah. Ahad sama-sama dalam suka, riang namun Isnin 4/4/2011 jam 5. 49 dikejutkan dengan berita kemalangan. Suamiku kemalangan, Alhamdulillah hanya kecederaan sedikit dan tidak melibatkan patah atau sebagainya. Thank You Allah. Sempatlah mengambil sedikit gambar kecederaan. 
                                                                          Tangan kiri
                                                                Tangan kanan
[Segala kejadian yang Allah cipta ini semua ada kegunaannya dan penting buat kita, bila sedikit sahaja nikmat yang Allah tarik, terasa impak yang besar dalam diri kita. Maka marilah sama-sama buat diri kita agar senantiasa mensyukuri nikmat Allah, hatta buang air kecil dan najis juga kita perlu mengucapkan syukur dalam hati kita... lihatlah kepada mereka yang sakit buang pinggang ' kidney failure' tidak boleh mengeluarkan urine atau sedikit sahaja urine dikeluarkan kerana buah pinggang gagal berfungsi.]

Makna kata 'malang tidak berbau'. Ahad sihat sempurna, namun Isnin redha dengan ujian yang Allah beri. Dan sebagai seorang isteri kita perlu sentiasa bersama suka mahupun duka. Selama ini mr. suami banyak membantu dalam urusan rumahtangga, laundry department kan abang(penswastaan sedikit department itu bukan keseluruhan that department) hehehe... Thanks a lot my lovely Mr. suami. Namun Allah beri suamiku rehat seketika.. rehatlah abang, isterimu sentiasa ada untuk pengkerajaan semula department laundry hehehehe.

Friday, April 8, 2011

TRAGEDI APRIL

Assalamualaikum buat semua pembaca budiman, Alhamdulillah dengan suhu yang nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa, hujan yang menenangkan para penghuni dunia, aku dapat lagi menulis blog ini. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Laki-laki itu pemimpin bagi perempuan, kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari yang lain, dan kerana laki-laki telah menafkahkan sebahagian dari hartanya. Sebab itu perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang patuh dan menjaga dirinya di belakang suaminya sebagaimana yang disuruh oleh Allah ..." (surah An-Nisa' :34)

Cinta itu amat luas takrifannya. Namun kerana cintalah kita sanggup berkorban, kerana cinta juga kita sanggup melalui beberapa perubahan tengoklah betapa kuatnya tarikan cinta itu. Cinta di alam perkahwinan ini memerlukan pengorbanan,  give and take, tanggungjawab yang besar buat suami mahu pun isteri. 
Tragedi 4 April 2011 jam 4.07 p.m. handphone ku berbunyi, . message, inbox, Mr. suami " abang balik awal". Alhamdulillah si isteri ni dengan kerianganlah membalas message tersebut. Biasa rutin perjalanan mengambil masa 45 minit ke rumahku, namun jam 5.49 p.m. aku mendapat panggilan daripada suamiku. dalam hati agak pelik, selalunya dia x pernah called dalam perjalanannya, aku cume membayangkan bahawa tayar pancit tapi tekaanku salah sama sekali. Mr. Suami ' Assalamualaikum'. aku :' waalaikumussalam. abang. Mr. suami;" syg, abg accident'. Aku,' ye ke? abang ok ke?? mcm mana keadaan abang. Mr. suami,' abang ok, cume luka2 je, ni pun ada polis, so nanti dorang yang hantar abang kot p klinik, nanti syg amik abg kat klinik, nanti abg call semula bagi tau clinic mana. Aku,' erm ok syg siap dulu. 
Time ni aku cool lagi sebb suamiku kata luka sikit jerk. sambil menunngu panggilan suamiku aku terus bersiap dan start engine keta. Dalam kereta mcm2 aku berpikir, terlalu bersyukur kerana suami masih boleh berhubung dgnku, sepanjang aku drive aku pun x sedar air mataku berlinang mengenangkan betapa syukurnya kepada Allah, suamiku masih lagi dapat berhubung denganku. Ya Allah syukur kepadamu kerana Engkau masih satukan kami di dalam jalanMu dan redhoMu. 
Setibanya di clinic, terasa hiba melihat keadaan suamiku, baju yang dipakai bagai disiat2 mujur bajunya tebal, darah yang mengalir membuatkan aku terasa pening, mual dan loya melihat keaadaannya,  mungkin terlalu takut dan berbaur dengan pelbagai perasaan yang ada, hiba, sedih, bersyukur, masih gembira berada di sisi suami walaupun semua di dunia ini adalah pinjaman daripada Allah yang sementara , namun aku sgt bersyukur masih berada di sisi suami tercinta. Thank you Allah.
Alhamdulillah apa pun ujian yang Allah beri ini adalah untuk menguji diri setiap insan, dalam sesebuah rumahtangga dll. Pasti ada hikmahnya dan terima kasih ya Allah selamatkan kami, lindungilah kami Ya Allah, rahmatilah Hidup kami.
Ujian adalah tarbiyyah dari Allah, Kita perlukan kesabaran untuk menempuhinya.. 
Abang,semoga abang cepat sembuh. Abang, semoga cinta kita terus mekar di landasan yang benar dan Allah serta kehidupan di Akhiratlah matlamat kita yang utama. With lots of love - syg.

Saturday, April 2, 2011

KRIS SUMMER CAMP I ( Siri 2)

Alhamdulillah pada hari kedua,  semua dikejutkan seawal jam 4.45 pagi untuk bertahajjud kepada Allah s.w.t. bertasbih dan memuji Allah. Firman Allah yang bermaksud "Tidak aku ciptakan jin dan manusia , melainkan hanya untuk menyembah kepadaku".
Suasana pagi yang sungguh tenang di Kem Desa Selesa. Kedengaran desiran air sungai yang mengalir deras,dedaun pepohon 'bamboo' yang mengikut rentak angin ke barat dan ke timur. Sangat tenang apabila berada di kawasan kehijauan, sejuk, nyaman, tenang, oksigen yang dihirup sungguh menyegarkan badan, air yang menyinggah ke anggota badan adalah air semulajadi dari sungai,.Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah. Ya Allah, engkau ciptakan alam ini terlalu indah, namun tangan-tangan manusialah yang merosakkan alam ini. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh manusia sehingga alam ini tidak lagi stabil. Sepatutnya kita perlu mempratikkan pembangunan mampan untuk memelihara dan memulihara ekologi persekitaran. 

Seterusnya masih lagi aktiviti menerokai alam ciptaan Allah. Program diteruskan dengan aktiviti 'jungle trekking'. Aktiviti ini mengambil masa selama 3 jam melalui kawasan kebun, hutan, bukit-bukau dan pemandangan yang cukup indah adalah apabila melihat air terjun semasa trekking ( begitulah yang diceritakan oleh para peserta). 

ok, next aktiviti ialah explorace... explorace ni bnyk yang ingin dikongsikan...tp oleh kerana dah malam.. sy sambung lagilaa untuk siri 3