Thursday, December 23, 2010

KASIH SAYANG

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat dan para pembaca yang dirahmati Allah, InsyaAllah.

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia mempunyai keluarga dan individu tersebut juga dicorakkan oleh ibubapanya. Maka apabila berkeluarga itu perlu wujudnya kasih sayang dan kasih sayang itu juga bukan sekadar ahli keluarga sahaja, namun kasih sayang itu perlu menyeluruh.

Telah bersabda Rasulullah saw:
"Tidak akan masuk syurga selain pengasih".
Mereka bertanya " Ya Rasulullah, tiap-tiap kami pengasih".

Rasulullah saw bersabda:
" Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya sahaja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi dirinya sendiri".
(dipetik daripada Buku PENENANG JIWA terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub: Imam Al-Ghazali

Cinta kepada Allah dan Rasul itu yang utama. Namun bicara saya kali ini mengenai kasih sayang sesama makhluk di dunia ini. Kasih sayang perlu meyeluruh selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Sebenarnya seronok kan bila kita disayangi... betul tak?? contoh ibu dan ayah sayang kita ...mesti best kan?? adik sayang kakak, guru sayang anak murid, suami sayang isteri..semua nya best ...semua orang nak diri disayangi betul tak?? then kita nak tak Allah sayang kita?? mestilaa nak.. jadinya kita pun perlu Cinta Allah supaya kita dapat kasih sayang Allah itu.
Dalam konteks Kasih sayang sesama keluarga, ianya sangat penting, begitulah dengan diri ini sentiasa merindukan keluarga yang tercinta. banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga untuk mengeratkan ukhuwwah dan menambahkan rasa kasih sayang dan kemesraan bersama keluarga.

Contoh terdekat bercuti bersama keluarga tersayang, family day, membaca doa selamat, solat berjemaah, usrah keluarga, membaca yasin bersama-sama dan banyak lagi.




Tuesday, December 14, 2010

Riadah mengeratkan ukhuwwah

Assalamualaikum buat para pembaca.

Seronoknya beriadah di waktu petang bersama anak-anak sedara@anak-anak saudara@ anak menakan... meriahnya bila mereka ada di rumahku. Macam-macam aktiviti perlu dilakukan untuk menarik minat mereka agar tidak berasa bosan. Maklum sahajalah anak-anak zaman sekarang ini sangat suka memenuhi masa lapang mereka dengan bermain PS2 / Play Station atau laptop (games). 
Kadang-kadang diri ini mengomel juga la pada anak-anak, " apela kamu ini, sikit2 bosan, dulu-dulu kat kampung macam-macam boleh main tau, bukannya ada laptop(games atau PS) .. dan intenet tu pun ada baik dan ada buruknya, bahaya kamu ni, jangan suka search sesuka hati, nanti keluar yang tak elok".
Tapi hakikatnya hari semalam bersama mereka dipenuhi dengan menonton filem-filem komedi tapi hari ini pula beriadah bersama mereka dan melakukan beberapa aktiviti indoor and outdoor..

                                                Bergambar dihadapan rumahku "Aktiviti outdoor"

Anak-anak sedara selepas melakukan beberapa aktiviti yang menarik. Cume yang lelaki tu je asyik bosan sokmo maklumlah dia keseorangan sahaja lelaki, yang lain perempuan. Abang Long nyer pulak masuk kem hafazan. Erm apa pun seronoknya bersama mereka, semoga diriku juga dikurniakan anak-anak yang comel seperti mereka, amin Ya Allah.

Thursday, December 9, 2010

SYURGA PERKAHWINAN

Assalamualaikum buat para pembaca sekali. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda. 

Firman Allah di dalam surah an-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

Maksudnya: 
"Laki-laki itu pemimpin bagi perempuan, kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari yang lain dan kerana laki-laki telah menafkahkan sebahagian dari hartanya. Sebab itu perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang patuh dan menjaga dirinya di belakang suaminya sebagaimana yang disuruh oleh Allah..".

Al-Quran itu menjadi pedoman hidup kita sebagai seorang ummat Islam, yang dilahirkan di atas dunia ini untuk beribadah kepada Allah s.wt. dan  ketaatan kepada Allah s.w.t.Firman Allah dalam ayat di atas itu tadi jelas memperlihatkan, bahawa kita sebagai seorang perempuan atau lebih khusus lagi sebagai seorang isteri wajib memberi ketaatan kepada suami, itu yang disyariatkan oleh Islam selagi mana suami tidak suruh untuk melakukan perkara yang melanggar syariat Islam. Suami merupakan seorang pemimpin rumahtangga, suami memberi nafkah zahir dan batin kepada seorang perempuan yang bernama isteri, suami perlu memberi pendidikan agama buat isterinya, suami perlu memenuhi keperluan isterinya, semuanya tanggungjawab suami. Akan tetapi jelas seorang isteri juga WAJIB TAAT kepada Allah itu yang utama, melaksanakan rukun Islam, rukun iman, melakukan amal ma'ruf dan nahi mungkar. Jelas dalam firman Allah yang menyatakan "perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang patuh dan menjaga dirinya di belakang suaminya sebagaimana yang disuruh oleh Allah..". Maka kita sebagai seorang perempuan dan seorang isteri perlu menjaga kehormatan diri kita, menjaga maruah diri dan suami serta maruah keluarga kedua-dua pihak. Saya juga mengingatkan diri saya sendiri. Semoga sentiasa menjadi peringatan buat diriku yang mudah alpa.

Tanggal Muharram 1432H maka jejaklah usia perkahwinan kami  2 tahun 1 hari. Ya Allah kehidupan berumahtangga ini sangat indah, namun banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui bersama. Kehidupan yang dikongsi bersama ini juga perlu banyak toleransi antara satu sama lain. Kadang-kadang sesuatu salah faham yang berlaku itu akan berakhir dengan semanis-manis nya...sooo sweet tapi perlu banyak tolak ansur dan bersobar. 
Abang, semoga perkahwinan kita kekal hingga ke syurga Allah s.w.t. Semoga kita terus bersama-sama menuju matlamat yang satu mencari madhatillah, mencari keredhaan Allah. Abang kita bukanlah yang sempurna dan terbaik, akan tetapi kita ke arah proses menjadi yang terbaik , InsyaAllah. Ya Allah semoga urusan kami dipermudahkan, dipermudahkan zuriat keturunan kami, zuriat yang soleh dan solehah, lapangkan rezeki kami, berkatilah dan redhalah kehidupan kami. Amin ya Allah.

Monday, December 6, 2010

MAAL HIJRAH


MAAL HIJRAH

Maal Hijrah menyingkap sejarah,
Kisah Perpindahan Nabi Muhammad, 
Dari Kota Mekah menuju ke Kota Madinah,
untuk menyelamatkan Islam dari ditindas.

Di tengah malam, 
Rasul berjalan bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Thur mereka bersembunyi,
Musuh mencarinya.... tidak berjumpa.

Tiba di Madinah, 
Disambut dengan meriah...aaaaa
Seluruh Mukmin bersyukur dan gembira..aaa
Selamatlah Islam dari kekejaman
terus berkembang membina sebuah empayar...

Hijrah Rasul suatu hikmah,
dunia yang gelap bertukar cerah,

( petikan nasyid dari kumpulan tak ingat akan tetapi lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan saya sewaktu darjah 5 di Sekolah Rendah)..


Dari saya untuk pembaca semua 
Salam Maal Hijrah (1432H). Semoga kita sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah, mencari redha Allah dan berusaha untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat, InsyaAllah, amin. Hijrah minda, hijrah persepsi.

Sunday, December 5, 2010

Selamat berjuang Sahabat

Assalamualaikum buat semua pembaca, sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga setiap usaha kita yang sedikit ini diredhai Allah. Ya Allah aku tak layak ke SyurgaMu namun aku tak sanggup ke NerakaMu Ya Allah, terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku. 
Ya Allah kami dianiaya, kami dizalimi ya Allah, kenapa mereka menzalimi kami Ya Allah, sedangkan kami ingin menuntut hak kami, kami berada di negara Malaysia yang demokrasi , akan tetapi manakah demokrasi itu? Adakah pemimpin negara tidak mengerti apa erti demokrasi??? 
Ingatlah sesungguhnya mereka yang menzalimi dan menganiyai orang lain, InsyaAllah, Allah itu Maha Berkuasa, Allah itu Maha Adil. Kita manusia bukan hanya sekadar di dunia sahaja. Panjang lagi arah tujuan hidup kita, kita akan ke negeri akhirat yang kekal buat selama-lamanya. Tapi adakah mereka lupa, alpa atau buat-buat lupa? Manusia ini hanya mendengar arahan tanpa belas kasihan menzalimi orang lain, memberikan bomb (gas pemedih mata) yang berasid, water canon dan spray asid. Siapakah mereka ini?? Mereka mendengar arahan membuta tuli. Owh lupa, mereka kan makan gaji, jadi terpaksa turuti semuanya...
Wahai sahabt-sahabatku, perjuangan ini belum selesai, panjang lagi langkah kita untuk meneruskan perjuangan ini. Perjuang menuntut hak rakyat, perjuangan menegakkan kebenaran, perjuangan menegakkan keadilan. 
Sahabat, 
selamat berjuang sahabatku, 
semoga Allah berkatimu, 
kenangan indah bersama kalian, 
akan terpahat di memori perjuanganku.

Takbir!!! Allahu Akbar!!

Wednesday, December 1, 2010

EKSPLORASI BERBASIKAL

Alhamdulillah, selesai sudah program ekplorasi berbasikal yang telah dianjurkan oleh Pusat Akademik dan Sahsiah Islam ( PAKSI ) Meru. Peserta berjaya berbasikal sejauh 10 km , bermula pada pukul 9.00 a.m dilepaskan oleh ketua kampung dan seterusnya menuju ke Kem Banyu Manis. Di sana pelbagai Aktiviti Menarik disediakan iaitu obstacle, river crossing, water confidence, memasak ala perkhemahan, santapan rohani dan jasmani. Peserta diberi pendedahan secara teori dan praktikal "Bagaimana untuk solat dalam keadaan kita berlumuran dengan tanah dan lumpur serta basah kerana bermandikan air tasik yang sangat best.. hehe". Jadi solat merupakan perkara yang wajib.. maka kita wajib tunaikan walau apa keadaan sekali pun..yang penting suci daripada najis dan hadas ( hadas kecil atau hadas besar ).. ok bab pengisian saya akan sambung lagi.. di post yg akan datang.. 
                                                  group membuat aktiviti water confidence

Selaku urusetia program tersebut, saya pun berasa seronok dan bersyukur kerana telah berjaya walau ada beberapa kecemasan , namun Alhamdulillah dapat dikawal dan bantuan Allah yang Maha Kuasa.. Bagi yang tak join sangat2 rugi.. mujur anak saudara ku join juga setelah dipujuk hehe...

Sunday, November 28, 2010

CUCI CUCI KE CUTI - CUTI

Assalamualaikum buat para pembaca, sahabat-sahabat yang dikenali..  Alhamdulillah dapat juga kesempatan untuk menulis... nak kata cuci-cuci pun iyer juga...cuti-cuti pun ada juga ..ermm apa-ape pun cuci-cuci ni maklumlah dalam cuti sekolah lagi banyak laa cuci... cuci itu..cuci ini..time cuti sekolah laaa banyak keje-keje remeh leh dibuat..kalo masa keje buat perkara basic n rutin laa jawabnya.. tapi kan... time cuti pulak kurang dapat menulis blog..mungkin sebab tumpu pada kerja-kerja dirumah.. 
cume terpikir sejenak..bila sebut tentang cuci-cuci mesti perlukan air...betul tak ?? bila citer pasal air teringat berita-berita tentang air di selangor.. sykt Syabas... ermm kena roger juga ni nak tahu kes apa?? n memahami kes..alamak dah macam peguam laa pulak.. yang penting kita perlu jadi rakyat yg prihatin ...Air@water  is a basic need for humans, animals and plants..so there is very important to ourself n  others and everything in this world... dalam kitab Muta'al badrain pun toharoh adalah bab yang pertama ..jadi air sgt penting dalam kehidupan kita

to be continue....

Saturday, November 13, 2010

HADIAHKANKU KEJAYAANMU....

Bila duduk sendirian terkenang seorang muridku.. ku mengajak anak-anak muridku untuk belajar di rumahku terutama yang agak lemah dalam subjek yang ku ajar.. tetapi seperti biasa.. jika kita mengajak anak-anak murid ini, namun yang sederhana dan cemerlang yang akan lebih bersungguh-sungguh untuk belajar di rumahku, akhirnya ku kata" sape-sape pun boleh datang umah cikgu untuk study" .. tiba-tiba seorang murid bertanya kepadaku.. " cikgu ada kenakan bayaran ke??" diri ini  menjawab.. "ada bayaran". Murid itu terdiam dan senyum. Diri ini menjawab lagi " bayarannya ialah kejayaan kamu" ku senyum.. lalu murid itu pun tersenyum. Tp ternyata tanggal 11 November 2010.. murid tersebut telah bayar juga dengan kejayaan walaupun bukan yang cemerlang namun dia tetap cemerlang buat dirinya , keluarganya dan bagi guru yang tahu perkembangan atau peningkatan dirinya dalam pelajaran murid tersebut.. Alhamdulillah 11 November 2010 juga ku ucapkan jutaan Tahniah kepada murid-muridku yang telah berjaya dengan cemerlang dalam subjek yang ku ajar iaitu Mathematics and Science..begitu juga kepada semua murid yang lain yang telah lulus dalam subjek Maths and Science.. Tahniah juga buat rakan-rakan seperjuangan guru-guru Tahun 6 dan semua guru yang bersama-sama membantu secara langsung atau tidak langsung..

Thursday, November 4, 2010

15 sebab tercabut keberkatan

Keberkatan: Beroleh suatu manfaat atau kebaikan itu secara berterusan dan bertambah-tambah lagi.
Contohnya kita memberi ilmu kepada seorang , namun disebabkan kita bersunguh-sungguh dalam memberi, ilmu akan diajarkan  kepada orang lain, maka pahala kita akan bertambah-tambah lagi. ini dari aspek ilmu. Terdapat juga dari aspek makanan, atau rezeki yang kita sedekahkan dan lain-lain. Sebagai contoh rezeki, kita memberi makan kepada kanak-kanak, maka percayalah dengan keikhlasan terhadap sesuatu pemberian maka rezeki kita akan bertambah-tambah lagi. Itulah yang dinamakan dengan keberkatan. 
Seperti contoh yang terdekat, kenapa apabila kita menjamu tetamu yang ramai, kadangkala apa yang kita masak itu cukup-cukup atau tuan rumah berasa bimbang cukup atau tidak? Namun dengan keberkatan yang dikurniakan oleh Allah, makanan yang kita hidangkan itu masih lebih lagi. Kita suruh tetamu kita makan bertambah-tambah lagi namun tetap ada baki atau lebihan makanan itu. Di situlah terletaknya keberkatan, oleh yang demikian tidak rugi kita bersifat pemurah kepada tetamu atau rakan-rakan yang hadir. Dan Islam juga mengajar kita adab menghormati tetamu.

Namun terdapat 15 sebab tercabutnya keberkatan iaitu:
  1. Tidak Bertaqwa dan tidak takut kepada Allah
  2. Tidak Ikhlas dalam beramal ibadah
  3. Tidak menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan kita
  4. Memakan makanan yang haram
  5. Tidak berbakti kepada ibubapa
  6. Memutuskan hubungan silaturrahim
  7. Bakhil dan tidak menginfaqkan (menyumbangkan) harta pada jalan Allah
  8. Tidak bertawakkal kepada Allah
  9. Tidak redho dan tidak Qanaah
  10. Berbuat dosa dan tidak Bertaubat
  11. Tidak mendidik anak dengan ajaran Islam
  12. Berbuat kerosakan di muka Bumi Allah
  13. Tidak bersyukur kepada Allah
  14. Pertengkaran dan perselisihan suami isteri
  15. Mendoakan kecelakaan diri sendiri dan anak-anak
dipetik dari buku: 15 Sebab Tercabut Keberkahan

Muhasabah

Alhamdulillah banyak dapat ilmu dalam majlis ilmu malam tadi.. actually ilmu itu ada yang kita tahu,, tapi sebagai manusia kita mudah alpa.. Maka apabila sesuatu ilmu itu diperingatkan lagi dan lagi dan lagi , maka dengan itu terdetiklah keinsafan dalam diri kita.. Ya Allah bersyukurnya diri ini tika mana berada dalam majlis untuk mengingatiMu, bersyukur kepada Mu Ya Allah, dan bertambah kasih kepada Mu Ya Allah. Di sini saya ingin berkongsi dengan para pembaca,iaitu sifat Qanaah ( memadai dengan apa yang kita ada). Hidup kita sebagai manusia ini sering tidak puas hati dengan apa yang telah ada. Ada sahaja yang tidak cukup. Walhal apa yang kita ada lebih cukup daripada ummat negara miskin seperti Sudan, Kemboja ,Somalia. Rakyat negara-negara perang seperti Palestin, Iraq.
Bila terpikir , merenung sejenak , Ya Allah bersyukurnya aku dengan apa yang telah ku ada.
Tadi ketika mana sampai sahaja rumah setelah kembali dari Majlis Ilmu , maka disambutlah oleh suami tercinta dengan senyuman, maka ku hulurkan tangan untuk bersalam dengan suami setelah seharian dari pukul 7.00 pagi tadi hingga malam baru berjumpa oleh kerana kesibukkan kerja maka terus ku ucapkan Terima Kasih atas apa yang telah diberikan selama ini dan bersyukur atas apa yang telah Allah kurniakan kepada ku, terima kasih Ya Allah. Terima kasih abang, semoga kasih sayang kita berkekalan dunia Akhirat, dan kehidupan kita ini sentiasa dalam redho, Rahmat dan kasih Sayang Allah s.w.t. Semoga matlamat untuk mencari cintaNya akan sama-sama kta layari bersama. Ameen.

Saturday, October 23, 2010

Thank You Allah

Ahlas Wa Sahlan

Buat pembaca blog Thank You Allah dan buat diriku yang baru membina blog sendiri. Sebenarnya begitu lama menyimpan impian untuk membina blog sendiri. Maka Alhamdulillah terhasillah blog ini yang dinamakan Thank You Allah.
Alhamdulillah inilah lafaz yang pertama diucapkan apabila kita sedar dari lena setelah penat bekerja seharian. Alhamdulillah kerana masih lagi dihidupkan dan dikejutkan dalam nikmat Islam dan Iman. Semuanya kembali kepada Allah S.W.T yang memberi insan kerdil yg lemah ini untuk meneruskan liku-liku kehidupan dengan harapan dapat sentiasa bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Thank You Allah kerana pintu taubat dan rahmatMu sangat luas untuk hamba-hambaMu.. " Tuhan rahmatMu melangit luas, namun sedikit ku bersyukur" .. Renungan buat diriku yang mudah alpa dan buat semua pembaca, semoga dgn hadirnya blog ku ini, kita dapat bersama-sama saling ingat mengingati bahawa setiap nadi kita ni... setiap kadar nadi yang bergerak , kita patut ucapkan thank You Allah, Syukur Ya Allah, Alhamdulillah, Terima Kasih ya Allah, Syukran Ya Rabb .