Saturday, February 4, 2012

Laukana Bainana

Assalamualaikum buat sahabat pembaca sekalian. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah hendakNya.
Salam Maulidur Rasul 1433H. 5 Februari 2012 bersamaan dgn 12 Rabiulawal 1433H. 
Laukana bainana " Andainya Rasulullah bersama-sama dengan kita". Ya Allah andainya Rasulullah bersama-sama kita?? ..... 
Rasulullah sentiasa mendoakan kita ummatnya. Rasulullah sgt mencintai kita... tapi kita?? adakah kita sentiasa mengingatinya?? Tanyalah diri kita sendiri... diriku yang mudah alpa ni ... hanya diri kita sendiri yang mengetahuinya dan Allah adalah penilainya. Rasulullah mencitai kita sehingga Rasulullah berdoa " bahagialah, bahagialah, bahagialah mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku". Ya Allah runtun hati ini mendengar tazkirah padi di televisyen oleh Ustaz Zawawi. Rasulullah mendoakan sebanyak 3 kali  bahagialah ummatnya yang beriman kepada baginda walaupun kita tidak mengenali baginda, tapi adakah kita beriman kepada baginda?? adakah kita sentiasa mengingatinya.. Muhasabah dan peringatan buat diriku yang mudah alpa dan buat teman-teman pembaca sekalian.
Rasulullah terlalu sayang dan sering teringatkan ummat Baginda. Tapi adakah kita sudah balas kasih sayang Baginda itu?? Kita lihat saja diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat Islam, inikah yang diinginkan oleh Rasulullah?? Jika generasi Rabbani yang terlahir Alhamdulillah tetapi jika sebaliknya nauzubillah... Semoga hati-hati kita ini sentiasa didorongkan dalam landasan yang benar, landasan ISLAM.
" Wahai Allah yang memegang hati setiap hambanya, tetapkanlah hati kami dalam agamuMu Ya Allah dan di dalam ketaatan kepadaMu ya Allah".

Tanda-tanda mencintai Rasulullah (diperik daripada  al-'Allamah Hadratus Syaikh Hasyim Asy'ari (pendiri Nahdatul Ulama di Indonesia, wafat 25 Julai 1947) di dalam kitab beliau berjudul an-Nur al-Mubin. Menyatakan ‘Alaamaat (Tanda-tanda) Mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Kredit to sufiroad.blogspot.com)
  • Mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah, mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan Allah  Amal Ma'aruf Nahi Mungkar, berusaha beradab dengan adab Baginda.
  •  Berselawat  ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, sebab orang yang mencintai sesuatu, banyak atau sering menyebutnya dengan perasaan rindu kepada yang dicintainya, mengagungkannya, memuliakannya dan mendzahirkan kekhusyu’kan dan rendah diri ketika mendengar nama Baginda صلى الله عليه وآله وسلم disebut.
  • Rindu untuk bertemu dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, kerana sesungguhnya setiap kekasih ingin bertemu dengan yang dikasihinya.
  • Mencintai mereka yang dicintai oleh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, iaitu yang punya hubungan dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم seperti ahlibait Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, para shahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dari kalangan Muhajirin dan Anshar.
  • Membenci orang-orang yang dibenci oleh Allah dan RasulNya, memusuhi orang yang memusuhinya, menjauhi orang yang menyimpang dari sunnahnya serta berkeberatan terhadap orang yang menyimpang dari sunnahnya.
  • Mencintai al-Quran yang diturunkan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Mencintai al-Quran bererti membaca, memahami dan mengamalkan segala tuntutan-tuntutannya di dalam mengatur kehidupan kita dan seterusnya memperjuangkannya.