Monday, March 10, 2014

CERITA-CERITI DI HIGHWAY

Asalamualaikum buat rakan dan taulan sekalian.
Firman Allah yang bermaksud:
" Kepunyaan Allahlah segala di langit dan di bumi".... Surah Al-Baqarah 1: Ayat 284
10 Mac 2014
5.25a.m: bertolak dari Kampung untuk menuju ke tempat kerja bersama suami tercinta.
5.40 a.m: melepasi exit Jasin dan terus call mak untuk berborak dengan mak sebab Abah macam selera makan. Petang semalam 9 Mac 2014 5.20p.m.: tanya abah nak makan apa sbb abah mcm x selera nak makan. Suapkan nasi lauk ikan haruan msk lemak cili api favourite abah pun...abah cuma makan 4 suap jer..then selebihnya aku ler makan hehehe then suapkan abah biskut celop dengan air. So ptg tu tanya laa abah nak makan KFC x? Abah cakap nak... whipped potato nak? Nak. ayam nak? Nak.
So pg tu aku terus telefon mak sbb rasa seronok tengok abah selera makan. aku siap suapkan abah ayam Kfc lagi bahagian kepak. Abah plak pegang whipped potato dengan coselaw kat tangan dia dan makan. Mlm sebelum melelapkan mata abah habiskan cheezy wedges. Girang rasa hati dapat belanja untuk gaji pertama kerja di tempat baru. feeling excited . Mak pun abis makan percik set dengan snack plate ....syok oooo...
Selepas call mak ...kejadian yang x disangka-sangka berlaku...kuasa Allah.. tetiba di lane paling laju dengan kelajuan 110km/j kereta yang dipandu oleh suamiku meluncur laju, tetiba asap putih dengan suasana gelap di sekeliling mengaburi pandangan kami, Innalillah, MasyaAllah... hanya Allah yang tahu apa perasaan yang berkitar di lubuk hati kami, seolah2 tiada apa2 sekeliling kami, kami dilitupi oleh asap tebal yang hanya nampak apa yang di dalam kereta kami sahaja. jalan langsung tidak kelihatan. kami tidak tahu sudah berada di lane mana,tidak tahu arah mana, adakah depan kami ni ada kebakaran?kemalangan? kami tidak nampak apa2, dengan perasaan yang begitu suami terus azan, Mr suami agak nervous, aku jg begitu, namun aku ckp abang azan abang, suamiku dalam keadaan mengawal kenderaan dan azan, sehinggalah nampak sedikit kepulan asap itu pergi.Sedar x sedar kami sudah berada di lane paling perlahan sehingga memasuki lorong kecemasan.
Suami ckp bila dia nampak lampu kenderaan lain barulah perasaannya menjadi cool. Ya Allah hanya Allah yang mengetahui perasaan kami ya Allah.
Asap tebal itu terus menghantui perjalanan kami sehingga kami tidak sedar kami sudah melepasi exit Ayer Keroh. Di Kilometer 203 selatan-Utara rupanya ada bas yang mengalami kerosakan enjin barangkali dengan  mengeluarkan asap berkepul-kepul itu. Sangat membahayakan semua pemandu, namun inilah pengalaman pertama kami di Highway.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan sentiasa dalam RahmatNya.

Sunday, March 9, 2014

PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM ... buat semua pembaca yang budiman .Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Pengalaman hidup mengajar kita menjadi seorang yang lebih matang untuk berfikir. Pengalaman hidup juga membawa kita kepada suatu penghijrahan yang bermakna buat diri kita. Ujian Penderitaan yang Allah beri kepada hambaNya adalah kerana Allah hendak menggantikan KEBAHAGIAAN buat hambaNya itu. Thank you Allah. Setiap manusia takkan pernah lari daripada ujian.
Selari dengan Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan hanya berkata:"Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka(dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta". 
SURAH AL-ANKABUT ,29 : AYAT 2-3
Untuk Tahun 2014 rasanya ini kali pertama daku mencoretkan nukilan hati pengganti bicara di dalam blog ku ini. Alhamdulillah telah 3 bulan aku bekerja di tempat baru dalam suasana yang indah, damai, tenang dan ceria. Suasana para ilmuan berkumpul.Aku dapat menapak di ruangan pembukitan ilmu. Semoga Allah sentiasa mendorongkan diriku untuk terus dalam ruangan pembukitan ilmu ini sehingga aku dapat mengejar cita-citaku dalam redha Allah.
Aku sangat bersyukur berada di tempat yang baru. di pembukitan ilmu ini. Tips-tips yang perlu dilakukan ketika menghadapi ujian (untuk peringatan buat diriku):
1. Solat Taubat
2. Niatkan sesuatu itu kerana Allah
3. Niat yang mulia (InshaAllah Allah mudahkan urusan kita-----> hanya sujud syukur sebagai tanda kegembiraan yang tidak terhingga)

Akhir kalamSemoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Kasih sayang Allah. Amin Ya Allah