Sunday, March 9, 2014

PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM ... buat semua pembaca yang budiman .Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Pengalaman hidup mengajar kita menjadi seorang yang lebih matang untuk berfikir. Pengalaman hidup juga membawa kita kepada suatu penghijrahan yang bermakna buat diri kita. Ujian Penderitaan yang Allah beri kepada hambaNya adalah kerana Allah hendak menggantikan KEBAHAGIAAN buat hambaNya itu. Thank you Allah. Setiap manusia takkan pernah lari daripada ujian.
Selari dengan Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan hanya berkata:"Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka(dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta". 
SURAH AL-ANKABUT ,29 : AYAT 2-3
Untuk Tahun 2014 rasanya ini kali pertama daku mencoretkan nukilan hati pengganti bicara di dalam blog ku ini. Alhamdulillah telah 3 bulan aku bekerja di tempat baru dalam suasana yang indah, damai, tenang dan ceria. Suasana para ilmuan berkumpul.Aku dapat menapak di ruangan pembukitan ilmu. Semoga Allah sentiasa mendorongkan diriku untuk terus dalam ruangan pembukitan ilmu ini sehingga aku dapat mengejar cita-citaku dalam redha Allah.
Aku sangat bersyukur berada di tempat yang baru. di pembukitan ilmu ini. Tips-tips yang perlu dilakukan ketika menghadapi ujian (untuk peringatan buat diriku):
1. Solat Taubat
2. Niatkan sesuatu itu kerana Allah
3. Niat yang mulia (InshaAllah Allah mudahkan urusan kita-----> hanya sujud syukur sebagai tanda kegembiraan yang tidak terhingga)

Akhir kalamSemoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Kasih sayang Allah. Amin Ya Allah

No comments:

Post a Comment