Thursday, August 2, 2012

HOME SWEET HOME

" Sesungguhnya hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah swt".

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, Kecantikkannya kecantikkanMU, keindahannya keindahanMU, Kekuatannya kekuatanMU, Kekuasaannya kekuasaanMU, 
Perlindungannya perlindunganMU.
Ya Allah, jika rezeki masih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika jauh dekatkanlah,
 jika dekat permudahkanlah, jika haram sucikanlah. 
Berkat waktu dhuhaMU, KeindahanMU, KecantikkanMU, KekuatanMU, KekuasaanMU.. Limpahkanlah rahmat kepada kami seperti yang pernah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang Soleh.
- Doa Dhuha-

Assalamualaikum sahabat pembacaku yang dirahmati oleh Allah. Allahumma bariklana fi ramadhan.. Ya Allah berkatilah kami di bulan ramadhan.. Amin.. 

Rezeki ni hanya Allah yang beri. Setiap yang kita minta kadang-kadang Allah tangguhkan untuk memberi kerana Allah nak kita dekatkan diri kepadaNya. Namun sedikit coretan ini adalah buat ingatan kepada diriku. Sedikit kronologi untuk mendapatkan rumah pertama kami. Tahun 2011 memang kami mula bergerak ..meronda ..dan semualah perkataan yang sama erti dgnnya untuk mencari rumah idaman kami, ada sahaja kawan yang bagi tau ada rumah untuk dijual, kami bergegas pergi dan bertanya tetapi apakan daya kebanyakkan rumah penuh. Selepas itu kami slow sikit laa mencari namun tetap mencari. Alhamdulillah bulan Syawal 1432 H kami tetapkan niat untuk terus mencari dan membeli kerana harga pada tahun 2011 tanah melambung tinggi naik sehingga dari harga sebelumnya 180k atau 190 k namun pada waktu kami mencari rumah harganya melambung sehingga 70ribu 80 ribu.. Ya Allah cepatnya harga tanah dan rumah naik. 
Justeru itulah menyebabkan kami terus berusaha untuk mencari mana ruang yang kosong. Pada Syawal itu kami menempah pada satu pemaju, rumahnya agak stereotype laaa...dan belum siap pun.. tengok plan pun agak kurang berkenan namun still booking punyalaa nak rumah.. hihihi.. So teruslah pada prosedur mcm biasala... slip2 gaji, salinan kwsp, salinan ic dll.
Namun walaupun telah booking rumah , ianya tidak mematahkan semangatku untuk terus mencari dan cari lagi rumah idaman kami, saya masih bertelepon mana-mana pemaju yang ada..begitu juga dengan suamiku yang sentiasa mencari yang terbaik. Ada satu pemaju ni dia suruh  masuk nama dalam waiting list ..tp x naklaa...kita nak cepat.Nak katanya rezeki, suatu hari tu tetiba ada seorang murid minta tolong sy, dia nak tumpang balik ke rumahnya. So saya pun hantarlah walaupun sebenarnya jalan kami tak sama... tapi saya hantarlah juga. Then bila patah semula saya saja lalu jalan dalam, tetiba nampak iklan.. sy time tu juga berhentikan kereta and make a call. Hello, bole sy tau tentang rumah ni.. then pihak tersebut suruh datang ke bangunan tabung haji. tp masa tu agak xde masa.. then kata kat mr. suami.. abang cube abang call pemaju ni.. suami sy pun call tapi x dpt..akhirnya dia call office number..rupanya yang saya call tu sales marketing bukan pemaju.. tp mr Suami tercall pemaju.. maka mudahlah lagi urusan dan hanya 2 unit rumah aje yang kosong..
Inilah rezeki Allah beri.
yang syoknya rumah yang kami tanya ni dah naik bumbung tau.... Ya Allah termakbulnya doa-doa  adik beradik dan kawan- kawan yang suh kami beli rumah yang dah nak siap atau hampir siap. Walhal rumah yang kami book tu ..tanah pun x ratakan lg.. Ya Allah kami bersyukur kepadaMU atas nikmat yang diberikan...Semoga ada yang terbaik disini ya Allah.. Kami mengharapkan yang terbaik daripadamu.

to be continue..... panjang sgt citer nyer...
wasalam