Thursday, December 9, 2010

SYURGA PERKAHWINAN

Assalamualaikum buat para pembaca sekali. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda. 

Firman Allah di dalam surah an-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

Maksudnya: 
"Laki-laki itu pemimpin bagi perempuan, kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari yang lain dan kerana laki-laki telah menafkahkan sebahagian dari hartanya. Sebab itu perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang patuh dan menjaga dirinya di belakang suaminya sebagaimana yang disuruh oleh Allah..".

Al-Quran itu menjadi pedoman hidup kita sebagai seorang ummat Islam, yang dilahirkan di atas dunia ini untuk beribadah kepada Allah s.wt. dan  ketaatan kepada Allah s.w.t.Firman Allah dalam ayat di atas itu tadi jelas memperlihatkan, bahawa kita sebagai seorang perempuan atau lebih khusus lagi sebagai seorang isteri wajib memberi ketaatan kepada suami, itu yang disyariatkan oleh Islam selagi mana suami tidak suruh untuk melakukan perkara yang melanggar syariat Islam. Suami merupakan seorang pemimpin rumahtangga, suami memberi nafkah zahir dan batin kepada seorang perempuan yang bernama isteri, suami perlu memberi pendidikan agama buat isterinya, suami perlu memenuhi keperluan isterinya, semuanya tanggungjawab suami. Akan tetapi jelas seorang isteri juga WAJIB TAAT kepada Allah itu yang utama, melaksanakan rukun Islam, rukun iman, melakukan amal ma'ruf dan nahi mungkar. Jelas dalam firman Allah yang menyatakan "perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang patuh dan menjaga dirinya di belakang suaminya sebagaimana yang disuruh oleh Allah..". Maka kita sebagai seorang perempuan dan seorang isteri perlu menjaga kehormatan diri kita, menjaga maruah diri dan suami serta maruah keluarga kedua-dua pihak. Saya juga mengingatkan diri saya sendiri. Semoga sentiasa menjadi peringatan buat diriku yang mudah alpa.

Tanggal Muharram 1432H maka jejaklah usia perkahwinan kami  2 tahun 1 hari. Ya Allah kehidupan berumahtangga ini sangat indah, namun banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui bersama. Kehidupan yang dikongsi bersama ini juga perlu banyak toleransi antara satu sama lain. Kadang-kadang sesuatu salah faham yang berlaku itu akan berakhir dengan semanis-manis nya...sooo sweet tapi perlu banyak tolak ansur dan bersobar. 
Abang, semoga perkahwinan kita kekal hingga ke syurga Allah s.w.t. Semoga kita terus bersama-sama menuju matlamat yang satu mencari madhatillah, mencari keredhaan Allah. Abang kita bukanlah yang sempurna dan terbaik, akan tetapi kita ke arah proses menjadi yang terbaik , InsyaAllah. Ya Allah semoga urusan kami dipermudahkan, dipermudahkan zuriat keturunan kami, zuriat yang soleh dan solehah, lapangkan rezeki kami, berkatilah dan redhalah kehidupan kami. Amin ya Allah.

No comments:

Post a Comment