Friday, April 8, 2011

TRAGEDI APRIL

Assalamualaikum buat semua pembaca budiman, Alhamdulillah dengan suhu yang nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa, hujan yang menenangkan para penghuni dunia, aku dapat lagi menulis blog ini. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Laki-laki itu pemimpin bagi perempuan, kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari yang lain, dan kerana laki-laki telah menafkahkan sebahagian dari hartanya. Sebab itu perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang patuh dan menjaga dirinya di belakang suaminya sebagaimana yang disuruh oleh Allah ..." (surah An-Nisa' :34)

Cinta itu amat luas takrifannya. Namun kerana cintalah kita sanggup berkorban, kerana cinta juga kita sanggup melalui beberapa perubahan tengoklah betapa kuatnya tarikan cinta itu. Cinta di alam perkahwinan ini memerlukan pengorbanan,  give and take, tanggungjawab yang besar buat suami mahu pun isteri. 
Tragedi 4 April 2011 jam 4.07 p.m. handphone ku berbunyi, . message, inbox, Mr. suami " abang balik awal". Alhamdulillah si isteri ni dengan kerianganlah membalas message tersebut. Biasa rutin perjalanan mengambil masa 45 minit ke rumahku, namun jam 5.49 p.m. aku mendapat panggilan daripada suamiku. dalam hati agak pelik, selalunya dia x pernah called dalam perjalanannya, aku cume membayangkan bahawa tayar pancit tapi tekaanku salah sama sekali. Mr. Suami ' Assalamualaikum'. aku :' waalaikumussalam. abang. Mr. suami;" syg, abg accident'. Aku,' ye ke? abang ok ke?? mcm mana keadaan abang. Mr. suami,' abang ok, cume luka2 je, ni pun ada polis, so nanti dorang yang hantar abang kot p klinik, nanti syg amik abg kat klinik, nanti abg call semula bagi tau clinic mana. Aku,' erm ok syg siap dulu. 
Time ni aku cool lagi sebb suamiku kata luka sikit jerk. sambil menunngu panggilan suamiku aku terus bersiap dan start engine keta. Dalam kereta mcm2 aku berpikir, terlalu bersyukur kerana suami masih boleh berhubung dgnku, sepanjang aku drive aku pun x sedar air mataku berlinang mengenangkan betapa syukurnya kepada Allah, suamiku masih lagi dapat berhubung denganku. Ya Allah syukur kepadamu kerana Engkau masih satukan kami di dalam jalanMu dan redhoMu. 
Setibanya di clinic, terasa hiba melihat keadaan suamiku, baju yang dipakai bagai disiat2 mujur bajunya tebal, darah yang mengalir membuatkan aku terasa pening, mual dan loya melihat keaadaannya,  mungkin terlalu takut dan berbaur dengan pelbagai perasaan yang ada, hiba, sedih, bersyukur, masih gembira berada di sisi suami walaupun semua di dunia ini adalah pinjaman daripada Allah yang sementara , namun aku sgt bersyukur masih berada di sisi suami tercinta. Thank you Allah.
Alhamdulillah apa pun ujian yang Allah beri ini adalah untuk menguji diri setiap insan, dalam sesebuah rumahtangga dll. Pasti ada hikmahnya dan terima kasih ya Allah selamatkan kami, lindungilah kami Ya Allah, rahmatilah Hidup kami.
Ujian adalah tarbiyyah dari Allah, Kita perlukan kesabaran untuk menempuhinya.. 
Abang,semoga abang cepat sembuh. Abang, semoga cinta kita terus mekar di landasan yang benar dan Allah serta kehidupan di Akhiratlah matlamat kita yang utama. With lots of love - syg.

No comments:

Post a Comment