Saturday, April 2, 2011

KRIS SUMMER CAMP I ( Siri 2)

Alhamdulillah pada hari kedua,  semua dikejutkan seawal jam 4.45 pagi untuk bertahajjud kepada Allah s.w.t. bertasbih dan memuji Allah. Firman Allah yang bermaksud "Tidak aku ciptakan jin dan manusia , melainkan hanya untuk menyembah kepadaku".
Suasana pagi yang sungguh tenang di Kem Desa Selesa. Kedengaran desiran air sungai yang mengalir deras,dedaun pepohon 'bamboo' yang mengikut rentak angin ke barat dan ke timur. Sangat tenang apabila berada di kawasan kehijauan, sejuk, nyaman, tenang, oksigen yang dihirup sungguh menyegarkan badan, air yang menyinggah ke anggota badan adalah air semulajadi dari sungai,.Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah. Ya Allah, engkau ciptakan alam ini terlalu indah, namun tangan-tangan manusialah yang merosakkan alam ini. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh manusia sehingga alam ini tidak lagi stabil. Sepatutnya kita perlu mempratikkan pembangunan mampan untuk memelihara dan memulihara ekologi persekitaran. 

Seterusnya masih lagi aktiviti menerokai alam ciptaan Allah. Program diteruskan dengan aktiviti 'jungle trekking'. Aktiviti ini mengambil masa selama 3 jam melalui kawasan kebun, hutan, bukit-bukau dan pemandangan yang cukup indah adalah apabila melihat air terjun semasa trekking ( begitulah yang diceritakan oleh para peserta). 

ok, next aktiviti ialah explorace... explorace ni bnyk yang ingin dikongsikan...tp oleh kerana dah malam.. sy sambung lagilaa untuk siri 3

No comments:

Post a Comment