Monday, February 14, 2011

CINTA KEPADA RASUL

Assalamualaikum buat para pembaca yang dirahmati Allah insyaAllah.
Sedar, sedar kita sudah berada dalam bulan rabiulawwal 1432H. Maka tanggal 12 Rabiulawwal tahun gajah lahirlah baginda Nabi Muhammad S.A.W iaitu rasul yang tercinta.

Rabiulawwal menjelang lagi, terkenang kita Rasul pilihan, Nabi Muhammad pemimpin ummat, membawa rahmat insan sejagat, Ya Rasulallah Ya Habbibullah.
Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuri lembaran sirahmu, pahit getir perjuanganmu, membawa cahaya kebenaran. Engkau taburkan pengorbananmu, untuk ummatmu yang tercinta, biar terpaksa tempuh derita, cekalnya hatimu menempuh ranjaunya. Tak terkata tinggi pekertimu, tidak terbahas indahnya akhlakmu, tidak terbalas segala baktimu, sesungguhnya engkau Rasul Mulia, tabahnya hatimu menempuh dugaan, mengajar erti kesabaraan, menjulang panji kemenangan , terukir namamu di dalam Al-Quran.
Rasullullah kami ummatmu, walau tak pernah melihat wajahmu, kami cuma mengingatimu dan kami cuma mengamal sunnahmu. Kami sambung perjuanganmu walau kami dicaci di hina, tapi kami tak pernah kecewa Allah dan Rasul sebagai pembela. 
       Semoga kita dapat bersama-sama teruskan sunnah Nabi Muhammad saw. Memperingati perjuangan Nabi kita untuk mempertahankan dan memperjuangkan Islam. Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat agar kita terus menjadi mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. Walaupun untuk menegakkan Islam di akhir zaman ini seperti menggenggam bara , namun jika bara tersebut tidak digenggam maka rosaklah seluruh dunia ini. Kitalah khalifah yang dilantik dan diberi amanah di muka bumi Allah ini untuk terus mengerjakan amal ma'aruf dan nahi mungkar.  
   Ya Rasulullah kami ummatmu, terlalu syahdu hati ini mengenangkan sayangnya kamu kepada ummatmu, namun diri ini terlalu leka dan alpa untuk sentiasa berselawat ke atas mu  Ya Rasulullah. Diri ini juga kadang-kadang alpa untuk mempratikkan sunnahmu setiap masa. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah aku, semoga kami semua diberi syafaat oleh Rasulullah s.a.w dan diberi keampunan oleh mu Ya Allah.

Tuesday, February 8, 2011

SENJATA MUKMIN

Assalamualaikum buat para pembaca sekalian. Semua diri kita ini sentiasa mendapat Rahmat dan kasih sayang Allah swt.
Lama juga tidak membuat coretan atau apa2 catatan di dalam blog ku ini.. 
SENJATA MUKMIN adalah doa. 
Ya Allah semoga segalanya baik untuk kami buat masa sekarang, masa hadapan, baik untuk kehidupan kami dunia dan akhirat, baik untuk Islam 
Ya Allah ,andainya ia baik untuk kami, maka jauhkanlah segala yang tidak kami ingini. Hanya engkaulah sebaik-baik sandaran, hanya engkaulah Ya Allah tempat kami mohon pertolongan, hanya padamu Ya Allah yang Maha mendengar lagi maha pemberi segala yang dihajati. Amin Ya Allah.


Monday, January 10, 2011

Lukisan Alam

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati Allah InsyaAllah.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran". Al-Ansr:1-5

Cepat benar masa berlalu, hari ni minggu kedua sesi persekolahan dan juga merupakan minggu kedua bagi tahun 2011. Selamat tinggal 2010. Lama diriku ini tidak dapat mencoretkan bicara hati kerana menguruskan bapa yang sedang sakit. Tapi Alhamdulillah abahku semakin pulih. Ujian daripada Allah buat kami sekeluarga. Sekarang ni kami adik beradik bergilir-gilir menjaga abah di kampung bersama ibu tercinta. Harap para pembaca dapat mendoakan bapaku. Semoga bapaku dan keluarga kami dipermudahkan segala urusan dan menghadapi ujian yang Allah berikan ini. Semoga abah cepat sembuh dan boleh berjalan semula. 

Tanggal 21 Disember 2010, saya dan suami tiba di rumah kami jam 10.30 malam. So aku mengambil telefon bimbitku dan memberitahu abah, bahawa kami sudah selamat tibe di rumah setelah bertolak dr kampungku. Abah pun bersyukur kerana kami telah selamat sampai dan aku pun berborak dengan abah. So malam semakin tua. Kami pun lena diulit mimpi. Tiba-tiba bunyi hp suamiku berdering sekuat-kuatnya... suamiku tersedar dan menjawab panggilan tersebut, yang ku ingat erm namaku disebut lalu hp terus terdakap di telingaku.. "suara emak". Assalamualaikum, mak kenapa?" itulah ayatku yang pertama. Then mak ckp abah demam.. mak tengok pukul 12tengah malam abah menggigil.. demam panas rupanya. 
23 Disember 2010 ..abah dihantar oleh 2 org kakakku bersama mak ke Hospital Pantai Melaka. Abah admitted at 2.00am at Pantai Medical Centre. Demam jangkitan kuman, itu yang disahkan oleh pihak hospital. 23 Disember 2011 malam aku mengikut akakku menziarahi abah di wad. Keadaan abah stabile cume masih demam. Then 25hb Dis 2010, saya tidak sedap hati melihat keadaan mak semakin risau dan abah juga seperti sakit sangat. Lalu 25hb Disember 2010 setelah selesai majlis pernikahan sepupu sebelah suamiku, kami meminta diri untuk bertolak ke Melaka untuk melihat keadaan abahku. Kemudian diri ini mengambil turn menjaga abah di PMC selama 4hari 3 malam di PMC tapi satu malam tu diri ini bersama abangku dan kakak ipar, malam kedua bersama mak dan anak saudara, dan malam ketiga dengan suamiku sekali jaga abah di hospital. Inilah kenangan yang tak boleh dilupakan. Ku doakan semoga abah cepat sembuh seperti sediakala. 


Thursday, December 23, 2010

KASIH SAYANG

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat dan para pembaca yang dirahmati Allah, InsyaAllah.

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia mempunyai keluarga dan individu tersebut juga dicorakkan oleh ibubapanya. Maka apabila berkeluarga itu perlu wujudnya kasih sayang dan kasih sayang itu juga bukan sekadar ahli keluarga sahaja, namun kasih sayang itu perlu menyeluruh.

Telah bersabda Rasulullah saw:
"Tidak akan masuk syurga selain pengasih".
Mereka bertanya " Ya Rasulullah, tiap-tiap kami pengasih".

Rasulullah saw bersabda:
" Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya sahaja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi dirinya sendiri".
(dipetik daripada Buku PENENANG JIWA terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub: Imam Al-Ghazali

Cinta kepada Allah dan Rasul itu yang utama. Namun bicara saya kali ini mengenai kasih sayang sesama makhluk di dunia ini. Kasih sayang perlu meyeluruh selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Sebenarnya seronok kan bila kita disayangi... betul tak?? contoh ibu dan ayah sayang kita ...mesti best kan?? adik sayang kakak, guru sayang anak murid, suami sayang isteri..semua nya best ...semua orang nak diri disayangi betul tak?? then kita nak tak Allah sayang kita?? mestilaa nak.. jadinya kita pun perlu Cinta Allah supaya kita dapat kasih sayang Allah itu.
Dalam konteks Kasih sayang sesama keluarga, ianya sangat penting, begitulah dengan diri ini sentiasa merindukan keluarga yang tercinta. banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga untuk mengeratkan ukhuwwah dan menambahkan rasa kasih sayang dan kemesraan bersama keluarga.

Contoh terdekat bercuti bersama keluarga tersayang, family day, membaca doa selamat, solat berjemaah, usrah keluarga, membaca yasin bersama-sama dan banyak lagi.




Tuesday, December 14, 2010

Riadah mengeratkan ukhuwwah

Assalamualaikum buat para pembaca.

Seronoknya beriadah di waktu petang bersama anak-anak sedara@anak-anak saudara@ anak menakan... meriahnya bila mereka ada di rumahku. Macam-macam aktiviti perlu dilakukan untuk menarik minat mereka agar tidak berasa bosan. Maklum sahajalah anak-anak zaman sekarang ini sangat suka memenuhi masa lapang mereka dengan bermain PS2 / Play Station atau laptop (games). 
Kadang-kadang diri ini mengomel juga la pada anak-anak, " apela kamu ini, sikit2 bosan, dulu-dulu kat kampung macam-macam boleh main tau, bukannya ada laptop(games atau PS) .. dan intenet tu pun ada baik dan ada buruknya, bahaya kamu ni, jangan suka search sesuka hati, nanti keluar yang tak elok".
Tapi hakikatnya hari semalam bersama mereka dipenuhi dengan menonton filem-filem komedi tapi hari ini pula beriadah bersama mereka dan melakukan beberapa aktiviti indoor and outdoor..

                                                Bergambar dihadapan rumahku "Aktiviti outdoor"

Anak-anak sedara selepas melakukan beberapa aktiviti yang menarik. Cume yang lelaki tu je asyik bosan sokmo maklumlah dia keseorangan sahaja lelaki, yang lain perempuan. Abang Long nyer pulak masuk kem hafazan. Erm apa pun seronoknya bersama mereka, semoga diriku juga dikurniakan anak-anak yang comel seperti mereka, amin Ya Allah.

Thursday, December 9, 2010

SYURGA PERKAHWINAN

Assalamualaikum buat para pembaca sekali. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda. 

Firman Allah di dalam surah an-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

Maksudnya: 
"Laki-laki itu pemimpin bagi perempuan, kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari yang lain dan kerana laki-laki telah menafkahkan sebahagian dari hartanya. Sebab itu perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang patuh dan menjaga dirinya di belakang suaminya sebagaimana yang disuruh oleh Allah..".

Al-Quran itu menjadi pedoman hidup kita sebagai seorang ummat Islam, yang dilahirkan di atas dunia ini untuk beribadah kepada Allah s.wt. dan  ketaatan kepada Allah s.w.t.Firman Allah dalam ayat di atas itu tadi jelas memperlihatkan, bahawa kita sebagai seorang perempuan atau lebih khusus lagi sebagai seorang isteri wajib memberi ketaatan kepada suami, itu yang disyariatkan oleh Islam selagi mana suami tidak suruh untuk melakukan perkara yang melanggar syariat Islam. Suami merupakan seorang pemimpin rumahtangga, suami memberi nafkah zahir dan batin kepada seorang perempuan yang bernama isteri, suami perlu memberi pendidikan agama buat isterinya, suami perlu memenuhi keperluan isterinya, semuanya tanggungjawab suami. Akan tetapi jelas seorang isteri juga WAJIB TAAT kepada Allah itu yang utama, melaksanakan rukun Islam, rukun iman, melakukan amal ma'ruf dan nahi mungkar. Jelas dalam firman Allah yang menyatakan "perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang patuh dan menjaga dirinya di belakang suaminya sebagaimana yang disuruh oleh Allah..". Maka kita sebagai seorang perempuan dan seorang isteri perlu menjaga kehormatan diri kita, menjaga maruah diri dan suami serta maruah keluarga kedua-dua pihak. Saya juga mengingatkan diri saya sendiri. Semoga sentiasa menjadi peringatan buat diriku yang mudah alpa.

Tanggal Muharram 1432H maka jejaklah usia perkahwinan kami  2 tahun 1 hari. Ya Allah kehidupan berumahtangga ini sangat indah, namun banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui bersama. Kehidupan yang dikongsi bersama ini juga perlu banyak toleransi antara satu sama lain. Kadang-kadang sesuatu salah faham yang berlaku itu akan berakhir dengan semanis-manis nya...sooo sweet tapi perlu banyak tolak ansur dan bersobar. 
Abang, semoga perkahwinan kita kekal hingga ke syurga Allah s.w.t. Semoga kita terus bersama-sama menuju matlamat yang satu mencari madhatillah, mencari keredhaan Allah. Abang kita bukanlah yang sempurna dan terbaik, akan tetapi kita ke arah proses menjadi yang terbaik , InsyaAllah. Ya Allah semoga urusan kami dipermudahkan, dipermudahkan zuriat keturunan kami, zuriat yang soleh dan solehah, lapangkan rezeki kami, berkatilah dan redhalah kehidupan kami. Amin ya Allah.

Monday, December 6, 2010

MAAL HIJRAH


MAAL HIJRAH

Maal Hijrah menyingkap sejarah,
Kisah Perpindahan Nabi Muhammad, 
Dari Kota Mekah menuju ke Kota Madinah,
untuk menyelamatkan Islam dari ditindas.

Di tengah malam, 
Rasul berjalan bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Thur mereka bersembunyi,
Musuh mencarinya.... tidak berjumpa.

Tiba di Madinah, 
Disambut dengan meriah...aaaaa
Seluruh Mukmin bersyukur dan gembira..aaa
Selamatlah Islam dari kekejaman
terus berkembang membina sebuah empayar...

Hijrah Rasul suatu hikmah,
dunia yang gelap bertukar cerah,

( petikan nasyid dari kumpulan tak ingat akan tetapi lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan saya sewaktu darjah 5 di Sekolah Rendah)..


Dari saya untuk pembaca semua 
Salam Maal Hijrah (1432H). Semoga kita sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah, mencari redha Allah dan berusaha untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat, InsyaAllah, amin. Hijrah minda, hijrah persepsi.