Thursday, November 10, 2011

11.11.11

Assalamualaikum. Alhamdulillah di kesempatan ini dapat juga mencoretkan beberapa patah kata.. Cantiknya angka ini.. dan ketahuilah bahawa angka ini boleh sentiasa diulang-ulang akan tetapi tarikh ini tidak dapat diulangi.
Beritu juga apa yang dah berlalu tidak akan kembali bahkan ia akan menjadi kenangan. Bak kata pepatah inggeris
" Yesterday is a history, today is a give and tomorrow is a mystery". 
Aidiladha 1432H juga sudah menjadi kenangan untuk kita semua, baik yang menyambutnya di Malaysia mahupun seantero dunia khususnya di Mekah. Pastinya begitu bermakna bagi mereka-mereka yang menjadi tetamu Allah.. 
Ya Allah semoga kami sekeluarga juga akan menjadi tetamu Mu ya Allah untuk mengerjakan ibadah Haji serta melengkapkan Rukun Islam dan bertaqwa kepada Mu ya Allah.
Kita perlulah bersyukur atas apa yang Allah kurniakan kepada kita, serta sentiasa memperbaiki diri agar menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik, yang soleh @ solehah di kalangan yang soleh @ solehah, yang beriman serta bertaqwa kepada Allah s.w.t.
 

No comments:

Post a Comment