Saturday, May 21, 2011

Jasa Guru

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Semoga sentiasa sihat dalam rahmat dan kasih sayang Allah hendakNya. Alhamdulillah kita masih lagi dapat menghirup udara yang segar di luar sana, menyedut oksigen yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t . Organ pernafasan kita dapat digunakan sebaik mungkin kerana kita masih bernyawa, masih dihidupkan lagi dalam nikmat Iman dan Islam ,, Alhamdulillah. Breathing organ is most of the important things in our daily life processes for breathe such as nose, windpipe and lungs.  

Beinilah yang diajar kepada murid-muridku. Semoga ilmu yang disampaikan dapat diingati dan digunakan oleh mereka. Mcm tu juga jasa guru-guruku yang selama ini mendidikku.. al maklumlah masih dalam bulan Mei, so masih lagi segar dgn tarikh hari guru 16 Mei. Yang ku ingat untuk subjek Biologi Cikgu Kamsiah. bila nak buat experimen ..keluarkan air liur dr kelenjar air liur, terpaksalah bawa asam boi supaya teransang kelenjar air liur, sebab untuk buat eksperimen tu cikgu pesan jangan air liur basi sudah hehehehe... bestnya zaman-zaman sekolah dulu.. Masa di KMM cucuk-cucuk kawan dgn jarum atau sendiri kena cucuk, bedah tikus.. erm kenagan yang terindah . tp bila berada di Universiti mula laa gerun dgn jarum...itula hikmahnya tak jadi doktor..jadi penakut dgn jarum sekejap time tu.. kalo diceritakan pengalaman time study ni memang x pernah habis lagi2 kalo jumpa dengan kawan-kawan lama...aduhai x kering gusi dibuatnya.  
Kimia: Kalo kimia pasling suka ikatan-ikatan kimia CH - H2O n so on. Mcm2 tentang kimia tp tajuk ikatan kimia ini memang sgt suka..Thanks cikgu Marziana (kalo tidak salah ejaan nama cikgu) hehe.. tp sehinggan peringkat U pun sy still suka ikatan kimia ni lagi...
Ekonomi asas ( option ) subjek pilihan: huhu alhamdulillah bleh score tp bila bahas semula dgn Mr Hubby... ingatan Mr. hubby lebid mendalam berbanding dgn wife yg score this subject.. terfikir sejenak adakah diriku ini exam oriented..aduii.. mula-mula gelakkan Mr.Hubby dlm gurauan laa sbb wife dpt score..tp once mr. Suami soal..erm tergagap-gagap juga nak jawab huhuhu nampaknya ilmu didada suamiku lebih lama terpahat di dalam memorinya... cayalaa abang hehe..
so di sini semuanya banyak jasa guru yang mengajar ku tentang pelbagai subjek..terima kasih cikgu... terima kasih mak abah..

Jasa guruku tak terhingga,
Aku tidak melupakannya,
Banyakku dapat ilmu daripadanya, 
Jasanya kan ku kenang sampai bila-bila, InsyaAllah.

Thursday, May 19, 2011

Happy Teacher' Day

Assalamualaikum buat sahabat pembaca sekalian.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat, keredhaan dan kasih sayang Allah hendakNya.
Tomorrow is 16th May 2011 which is a special day for all teachers. Selamat Hari Guru Cikgu, Happy Teacher's Day .
Selamat Hari Guru teristimewa buat ibuku yang disayangi yang telah mendidik diri ini dari dalam kandungan lagi.. mengajarku mengenal , bertatih, berjalan, apakah haiwan-haiwan disekeliling kita kucing , ayam, itik hehe .. begitu juga buat bapaku yang juga merupakan guru di rumah dan di sekolah.. yang mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berguna di dunia mahupun untuk akhirat. Terima kasih buat guru-gur tadika Islam Al-Huda, guru-guru SRK dan SMK Ledang, KMM dan semua guru-guru secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih di atas jasa kalian mendidik diri ini sehingga menjadi seorang insan yang berjaya. Doakan agar diriku dan rakan-rakanku serta seluruh anak didikmu menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.

Saturday, May 7, 2011

Everyday Is Mother's Day

Assalamualaikum buat para pembaca yang sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah hendakNya. Selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu- ibu disetiap pelusuk dunia.

" Aku sayang ummi, ummiku sayang ummi, sayang-sayang ummi, ummiku sayang". Memancar sang suria bersinar cahayanya begitulah berseri wajah emakku sayang, aku sayang emak, emakku sayang emak, sayang-sayang emak, emakku sayang. Bila pulang sekolah, emak sambut kami, sembahyang sama emak, Alhamdulillah.
Emakku sayang kaulah serikandi, berkorban selalu untuk kami, emakku sayang kau ibu Mithali, semoga Allah kan berkati.

I LOVE U SO MUCH, MUM

M - Mulianya dirimu ibu mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan dan mendidik untuk  menjadikan diriku seorang insan.
O - Orangnya yang sangat baik, bekerja keras membanting tenaga untuk mengasuh dan menjaga anak-anaknya.
T - Tabah  dan tenang menghadapi segala cabaran untuk mendidik anak-anakmu, merindui anak-anakmu.
H - Hatimu sangat suci.
E - Enaknya masakan seorang ibu. Mak sedapnya ... sentiasa merindui masakan mak.
R - Riak wajahmu memberikan ketenangan buat diriku, anak-anakmu dan suamimu yang tercinta. Ku sentiasa merindui wajahmu mak..

Mother is such a special person in this world. Mothers are always loving and caring. She always make happiness in our family. She is the mother, she also a teacher's, and she also a friend that can listen our problem.

Mak sayang mak.. tadi call mak, wish mother's day but i said everyday is the mother's day.. erm mak pun cakap..yela hari-hari mak ni jadi emak. Pastu aku senyum. Aku jawab, " yela mak, dah mak ada anak, mestilah hari-hari jadi mak". Mak pun tergelak dan cakap yelaaaa ... Erm... Apapun diriku sentiasa bangga mempunyai emak yang tabah dalam menghadapi segala hal-hal atau cabaran serta dugaan yang mendatang, begitu juga emak disamping abah tersayang. Abah yang sangat-sangat tenang menjadi pendorong buat mak.  I  love both of you very much.
Semoga emak dan abah sentiasa sihat, dipanjangkan umur dalam iman dan islam, sentiasa berada dibawah rahmat dan lembayung kasih sayang Allah, s.w.t dan bergembira dalam kehidupan di dunia ini serta semua sekeluarga diberkati dan  menjadi ahli di syurga Allah kelak.Amin