Saturday, January 28, 2012

HARGAILAH DIRI KITA

Assalamualaikum buat semua pembaca. Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah serta dalam keredhaanNya.
Sudah berada dalam tahun yang baru 2012 bulan Januari... pantasnya masa berlalu ... Apakah perkara yang paling jauh dengan diri kita?? Itula masa yg tlh berlalu... masa yg telah berlalu tidak boleh diulang kembali.. tidak boleh dirasai lagi... oleh yang demikian hargailah apa yang Allah sedang beri pada hari ini. 
Wahai diriku yang mudah alpa  jua teman-teman pembaca sekalian, hargailah diri dan maruah diri kita. Kita perlu ada perasaan sayangkan diri kita bukan untuk riak atau takabbur tetapi untuk terima apa yang telah Allah berikan pada diri kita ini. Sesekali cuba kita fikir, semua di dunia ini perlukan duit ..betul?? Nak buang air perlukan duit, letak kereta perlukan duit, segala-galanya perlukan duit. TAPI oksigen yang Allah bagi kita tidak perlu membayar walau sesen pun.. Maha Kaya dan Ar-Rahman (Maha Pemurah Allah). Udara yang Allah berikan percuma.. 
Hargai diri kita sebelum orang lain menghargai diri kita, kita sendiri perlu hargai diri kita,, bagaimana caranya?? Ialah dengan cara kita bermuhasabah diri... koreksi diri kita.. mengingatkan kembali apa seharian yang kita telah buat... adakah dalam kebenaran, adakah ianya diredhoi Allah atau sebaliknya Nauzubillah.. jauhkanlah untuk membuat perkara yang tidak disukai oleh Allah.
Sebenarnya kita perlu menghargai diri kita sendiri agar kita tidak melakukan dosa.. Kita sayang setiap pancaindera kita ini agar tidak melakukan dosa, kita hargai setiap saraf kita ini supaya tidak melakukan dosa, kita hargai Allah berikan tulang-tulang kita ini dengan tidak melakukan dosa, kita hargai otak dan akal yang Allah beri ini supaya kita sentiasa mengerjakan amal ma'aruf nahi mungkar, think positive, be a good muslim, InsyaAllah.
Mohonlah keampunan dari Allah s.w.t. " Tuhan rahmatmu melangit luas, namun sedikit ku bersyukur, inginku kembali padaMu, mengharap ampunan dariMu ".
Fikirkanlah buat diriku yang mudah alpa..

Friday, December 2, 2011

DEMI MASA

" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan yang beramal soleh , juga mereka yang berpesan-pesan kpd kebaikan  & kebenaran". 
Surah Al-Asr'.
Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah buat semua keluarga, sahabat dan mereka yang membaca blog ini.
Sekarang ini kita sudah di dalam bulan Muharram 1433H.. Tahun Baru ...
Cepat sgt masa berlalu.. umur juga sudah semakin singkat di sisi Allah.. umur yang dipinjamkan semakin singkat.. sedangkan amalan diri ini bagaimana pula?? amalan diri kita semua bagaimana? 
Teringat kata-kata ustaz dalam forum... cube kita tanya suami atau isteri kita atau kawan-kawan kita... " 
Soalan kita: "agak-agak jika kita mati esok, adakah kita boleh tempah syurga Allah?? atau masuk dalam syurga Allah??
Jawapan isteri / suami / kawan-kawan :" Awak kalo mati ,,, solat pun lambat, mengadap FB lebih masa dari membaca Al-Quran, keje-keje amal pun kurang,"..  
Sy seru agar kita sama-sama bermuhasabah diri.. lagi-lagi laa kepada saya yang menulis.. Bukan apa, kadang kesedaran dan ilmu yang kita dapat perlu kita kongsi kepada sahabat2 yang lain agar kita sama-sama mengingati dan musahabah apa yg kita perlu muhasabah.
semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah serta dipelihara iman yang ada dalam diri kita.. Salam MAAL HIJRAH 1433H dan maaf andai ada salah dan silap.

Friday, November 11, 2011

Melaka International Bowling Centre

Alhamdulillah tanggal 8.11.11 sebelum bertolak balik ke Selangor, sempat juga join my sister and anak2 sedara main bowling at Melaka International Bowling Centre (MIBC) at MITC... Games pertama aku menang , my Mr Suami pulak dapat number 3 ..ok laa not bad... bley jadi team kan abang hehehe... my brother in law dpt naib johan.. itu first games. Second games terus pancit kihkihkih... tp semangat nak challenge diorang juga tp berapa kali dpt telur huhu... yg first games 3 kali strike powerrr hehe kononnya laa...
Inilah seronoknya bila semuanya ada kan.... leh p jalan sama-sama, join aktiviti ramai-ramai...
With lots of love to my beloved family

Thursday, November 10, 2011

11.11.11

Assalamualaikum. Alhamdulillah di kesempatan ini dapat juga mencoretkan beberapa patah kata.. Cantiknya angka ini.. dan ketahuilah bahawa angka ini boleh sentiasa diulang-ulang akan tetapi tarikh ini tidak dapat diulangi.
Beritu juga apa yang dah berlalu tidak akan kembali bahkan ia akan menjadi kenangan. Bak kata pepatah inggeris
" Yesterday is a history, today is a give and tomorrow is a mystery". 
Aidiladha 1432H juga sudah menjadi kenangan untuk kita semua, baik yang menyambutnya di Malaysia mahupun seantero dunia khususnya di Mekah. Pastinya begitu bermakna bagi mereka-mereka yang menjadi tetamu Allah.. 
Ya Allah semoga kami sekeluarga juga akan menjadi tetamu Mu ya Allah untuk mengerjakan ibadah Haji serta melengkapkan Rukun Islam dan bertaqwa kepada Mu ya Allah.
Kita perlulah bersyukur atas apa yang Allah kurniakan kepada kita, serta sentiasa memperbaiki diri agar menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik, yang soleh @ solehah di kalangan yang soleh @ solehah, yang beriman serta bertaqwa kepada Allah s.w.t.
 

Wednesday, September 7, 2011

NAK ATAU TAK

Assalamualaikum buat para pembaca sekalian.. lama rasanya tidak dpt mencoret kan ayat-ayat disini.. 
Minggu ni minggu terakhir untuk anak-anak muridku study atau struggle untuk exam.. tapi bila fikir semula guru-gurunya yang struggle atau mereka??? Semangat dan motivasi seseorang guru ni boleh dilemahkan dgn murid-murid yang langsung tidak termotivasi untuk berjaya atau apa?? bila ditanya dah study atau belum... murid-murid masih belum study...sepatutnya perlu study smart dah saat-saat akhir.. Guru buat yang termampu untuk mereka... untuk berjaya atau tidak setiap individu yang menentukan sendiri... USAHA mereka... doa mereka then barulah bertawakkal pada Allah S.W.T
Best of Luck... Teacher try do  the best for their student.. but u all must think by yourself, do the best, plan the best, manage your time... don't be careless and careless and careless again.... Study smart and work hard.. tapi jangan buat semuanya last minutes .... tapi ..................

Sunday, June 19, 2011

ABAH, AYAH, ABI, DADDY, PAPA, BABA

SELAMAT HARI BAPA KEPADA ABAH2 KU & ABI. SERTA SELURUH BAPA2 ..Sebenarnya setiap hari adalah hari bapa, namun mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkannya. Aku seronok tgok gambar ni.. memang exactly yang abah lakukan di rumah. Rutin abah di rumah hehehe.. abah i love u so much... buat bapa mertuaku juga kami sayang kamu n sentiasa mendoakan kamu.
 F - friendly to their child
 A- Amanah dalam mendidik
 T - Trust
 H - Hero.. 
 E - Etika diri 
 R - Rajin usaha tangga kejayaan

Abah selalu macam ni kan.. abah suka duduk di kerusi mcm ni... rindu kat abah.. walaupun belikan abah katil yang selesa  namun abah lebih selesa duduk di kerusi ni..tapi kerusi abah ni pun empuk dan comfortable untuk diduduk.. Mak n Abah miss u so much..
Abah...
Seorang yang tegas dalam mendidik,
Mendidik hal ehwal duniawi dan ukhrawi,
Gelak ketawa sebagai seorang teman,
Mudah untuk berkongsi cerita..
Tapi jangan bagi abah marah tau.. 
I love u abah...
I love u mak..
Thanks Allah sebab memberi peluang kami sentiasa bersama ibu dan abah kami. Semoga mak dan abah dipanjangkan umur dalam nikmat Islam dan Iman, dipelihara kesihatan beliau, diberkati dan diredhoi Allah insyaAllah.. Amin

Saturday, June 18, 2011

Lawatan 2011 - Petrosains

Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu saat untuk mecoretkan pelbagai kenangan .. maka akhirnya dapat juga hari ini huhu...
Assalamualaikum buat pembaca yang dirahmati Allah. Semoga berada dalam keadaan sihat fizikal, mental dan rohaninya. Ya Allah ... akhirnya ada juga ruang masa yang diberikan untuk mencoretkan cerita2 dlm blog ku ini.. bukan apa bln Mei ada program, then cuti bnyk bercuti di luar kawasan, bercuti sakan.. bila berada di rumah semula server hari2 down.. Semlam pun baru shj selesai program lawatan membawa anak-anak murid ku ke alam penerokaan sains n teknologi di Petrosains. Teringat kenangan lalu ke Petrosains pada Tahun 2001 kalo tak silap semasa di Tingkatan 5. Persatuan Puteri Islam (PPIM) bersama guru penyelaras Cikgu Kamsiah  membuat lawatan ke Petrosains. juga bersama teman-teman ku , junior2 dan rakan-rakan di sekolah dulu.
                                                       PETROSAINS






So 18 June 2011 melakarkan sejarah selama 10 Tahun aku tidak menjejakkan kaki ke Petrosains.. sangat menarik namun sangat penat hehe,,, 10 Tahun yang lalu aku pergi sebagai seorang pelajar sekolah.. namun semalam aku pergi sebagai seorang guru yang membawa anak-anak angkat ( terdiri daripada 4 orang murid).. MasyaAllah menjaga mereka terkejar sana, terkejar sini, ada yang nak balik.. uwaa x sempat gurunya nak buat eksperimen hehe memang x leh pun dah menjaga anak -anak.. geram juga nak membuat eksperimen maklumlah budak sains ni memang syok dgn eksperimen ni..cume x minat duk lab je hehe.. 
Namun Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua guru, ibubapa dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini di bawah  unit Ko-Kurikulum sekolah.
                                          DALAM BAS

                                          THE MOLECULE NANO WORLD


Seronok la ke sana tidak mengira usia kerana kita dapat melakukan pelbagai eksperimen.. mcm cikgu sains ni memang patut pergi ..nanti bnykla idea nak bercerita dengan anak-anak murid dalam class science.