Sunday, October 11, 2015

PERTANDINGAN KREATIF &COLOURFUL TUPPERWARE

Assalamualaikum and good morning
Lama diriku menyepi di tinta blog ni selepas melahirkan permati hati yg disayangi, kini ku kembali dgn pengalaman yg bnyk menjadi guruku.
Nak citer yg chill n relax, aku join pertandingan kreativiti and colourful tupperware hihihi ;)

Alhamdulillah kumpul tutupperware sejak tahun 2009 kot tapi jadi ahli Tahun 2011 rasanya , x ingat la tapi apapun Alhamdulillah bnyk jg sales dan level2 yg dpt sy beli, inilah hasilnya, yg penting suami ckp jk beli mesti guna, itu yg dlm almari semuanya mmg guna utk letak brg2 keperluan, that's y x krluarkan pun walaupun menyertai pertandingan kreatif n colourful hihihi, 
I'm aredONE sales advadvisors,  so mestilah tema redONE hihihi
#gogreen, # temahijau  , Actually warna hijau yg paling banyak koleksi tupperware aku sbb dari awal join 2 tahun tu mmg asyik keluar warna hijau jer, kebetulan mmg antara favourite colour, so mmg grab jer jk ada level2 yg warna hijau. 

Monday, March 10, 2014

CERITA-CERITI DI HIGHWAY

Asalamualaikum buat rakan dan taulan sekalian.
Firman Allah yang bermaksud:
" Kepunyaan Allahlah segala di langit dan di bumi".... Surah Al-Baqarah 1: Ayat 284
10 Mac 2014
5.25a.m: bertolak dari Kampung untuk menuju ke tempat kerja bersama suami tercinta.
5.40 a.m: melepasi exit Jasin dan terus call mak untuk berborak dengan mak sebab Abah macam selera makan. Petang semalam 9 Mac 2014 5.20p.m.: tanya abah nak makan apa sbb abah mcm x selera nak makan. Suapkan nasi lauk ikan haruan msk lemak cili api favourite abah pun...abah cuma makan 4 suap jer..then selebihnya aku ler makan hehehe then suapkan abah biskut celop dengan air. So ptg tu tanya laa abah nak makan KFC x? Abah cakap nak... whipped potato nak? Nak. ayam nak? Nak.
So pg tu aku terus telefon mak sbb rasa seronok tengok abah selera makan. aku siap suapkan abah ayam Kfc lagi bahagian kepak. Abah plak pegang whipped potato dengan coselaw kat tangan dia dan makan. Mlm sebelum melelapkan mata abah habiskan cheezy wedges. Girang rasa hati dapat belanja untuk gaji pertama kerja di tempat baru. feeling excited . Mak pun abis makan percik set dengan snack plate ....syok oooo...
Selepas call mak ...kejadian yang x disangka-sangka berlaku...kuasa Allah.. tetiba di lane paling laju dengan kelajuan 110km/j kereta yang dipandu oleh suamiku meluncur laju, tetiba asap putih dengan suasana gelap di sekeliling mengaburi pandangan kami, Innalillah, MasyaAllah... hanya Allah yang tahu apa perasaan yang berkitar di lubuk hati kami, seolah2 tiada apa2 sekeliling kami, kami dilitupi oleh asap tebal yang hanya nampak apa yang di dalam kereta kami sahaja. jalan langsung tidak kelihatan. kami tidak tahu sudah berada di lane mana,tidak tahu arah mana, adakah depan kami ni ada kebakaran?kemalangan? kami tidak nampak apa2, dengan perasaan yang begitu suami terus azan, Mr suami agak nervous, aku jg begitu, namun aku ckp abang azan abang, suamiku dalam keadaan mengawal kenderaan dan azan, sehinggalah nampak sedikit kepulan asap itu pergi.Sedar x sedar kami sudah berada di lane paling perlahan sehingga memasuki lorong kecemasan.
Suami ckp bila dia nampak lampu kenderaan lain barulah perasaannya menjadi cool. Ya Allah hanya Allah yang mengetahui perasaan kami ya Allah.
Asap tebal itu terus menghantui perjalanan kami sehingga kami tidak sedar kami sudah melepasi exit Ayer Keroh. Di Kilometer 203 selatan-Utara rupanya ada bas yang mengalami kerosakan enjin barangkali dengan  mengeluarkan asap berkepul-kepul itu. Sangat membahayakan semua pemandu, namun inilah pengalaman pertama kami di Highway.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan sentiasa dalam RahmatNya.

Sunday, March 9, 2014

PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM ... buat semua pembaca yang budiman .Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Pengalaman hidup mengajar kita menjadi seorang yang lebih matang untuk berfikir. Pengalaman hidup juga membawa kita kepada suatu penghijrahan yang bermakna buat diri kita. Ujian Penderitaan yang Allah beri kepada hambaNya adalah kerana Allah hendak menggantikan KEBAHAGIAAN buat hambaNya itu. Thank you Allah. Setiap manusia takkan pernah lari daripada ujian.
Selari dengan Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan hanya berkata:"Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka(dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta". 
SURAH AL-ANKABUT ,29 : AYAT 2-3
Untuk Tahun 2014 rasanya ini kali pertama daku mencoretkan nukilan hati pengganti bicara di dalam blog ku ini. Alhamdulillah telah 3 bulan aku bekerja di tempat baru dalam suasana yang indah, damai, tenang dan ceria. Suasana para ilmuan berkumpul.Aku dapat menapak di ruangan pembukitan ilmu. Semoga Allah sentiasa mendorongkan diriku untuk terus dalam ruangan pembukitan ilmu ini sehingga aku dapat mengejar cita-citaku dalam redha Allah.
Aku sangat bersyukur berada di tempat yang baru. di pembukitan ilmu ini. Tips-tips yang perlu dilakukan ketika menghadapi ujian (untuk peringatan buat diriku):
1. Solat Taubat
2. Niatkan sesuatu itu kerana Allah
3. Niat yang mulia (InshaAllah Allah mudahkan urusan kita-----> hanya sujud syukur sebagai tanda kegembiraan yang tidak terhingga)

Akhir kalamSemoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Kasih sayang Allah. Amin Ya Allah

Wednesday, December 18, 2013

LURUSKAN HATI LILLAHI TA'ALA

Bismillahi walhamdulillah... Allah Allah Allah Ya Allah, Allah, Allah, Allah Ya Allah, Allah, Allah Allah ya Allah, Ya Allah Allah, Ya Allah Allah, Ya Allah Allah, Ya Allah Allah, Ya Rahim Allah, Ya Rahim Allah, Ya Rahim Allah, Ya Rahim Allah, Ya Rahman Allah, Ya Rahman Allah, Ya Rahman Allah, Ya Rahman Allah. 
Wahai Allah, hanya dengan berzikir hati-hati ini kan menjadi tenang.
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad saw dan keluarga serta sahabat baginda, segala pujian buatmu rasulullah yang telah banyak berkorban demi tertegaknya Islam. Islam yang dapat ku miliki hari ini. Sungguh besar pengorbananmu wahai Rasulullah saw, tidak terhingga pengorbananmu itu.
Islam adalah cara hidup, Islam bukanlah agama ikutan. Islam perlu dianuti dengan ilmu. WH questions. Why, where, when, what and how. Kenapa kita perlu mencari ilmu dalam islam? Mengapa kita perlu tahu ilmu dalam Islam? Apakah yang kita perlu cari dalam Islam? 
Ini untuk muhasabah diri saya dan juga para pembaca barangkali, sebenarnya setiap yang Allah suruh pasti ada hikmahnya, solatnya, puasa, menutup aurat dan segala perintah Allah yang kita wajib lakukan memang ada hikmahnya. Allahu Khaliq, Allah Maha pencipta, Allah yang menciptakan kita, sedarkah kita? Allah berkuasa pada setiap penciptanNya, sedarkah kita? kita cuma insan kerdil yang mengharapkanNya, kita cuma hamba yang banyak melakukan kesilapan yang mengharapkan pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah. Allah berikan sesuatu ujian dalam hidup kita untuk kita bersyukur kepadaNya. Allah menguji keikhlasan kita melalui ujian yang diberikan kepada kita. Apabila kita kembali mengadu kepadaNya dan kita redha atas setiap yang Allah berikan, pasti saat itu adalah saat terindah dalam hidup kita kerana kita meredhai segala apa yang Allah uji, menandakan Allah masih sayangkan kita dan Allah masih memberi teguran kepada kita. Ya Allah, Allah, Ya Allah, Allah terima kasih atas peringatanmu kepadaku dan hamba-hambamu yang lain.
Ikhlaskan niat kita kerana Allah kerana setiap apa yang berlaku adalah dengan izinNya. 

Sunday, December 8, 2013

LUKISAN ALAM

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

Friday, July 26, 2013

HOME SWEET HOME 2 (12.12.12)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar..
Assalamualaikum buat para pembaca budiman yang diharapnya sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah. MasyaAllah terlalu lama tidak mencoretkan sebarang kisah di dalam entry sy ni huhuhu..
18 Ramadhan 1434H semakin hampir ramadhan akan pergi meninggalkan kita.. Ya Allah semoga kami termasuk dalam golongan yang diberikan keberkatan olehMu, diampunkan dosa dan bebas daripada api neraka.Terasa sedih terlalu cepat ramadhan berlalu.
Apapun sebenarnya nak mencoretkan sedikit kenangan tentang tajuk yang diutarakan.. Sebenarnya pada 12.12.12 cantik kan tarikh.... selalunya org sgt memilih tarikh ini... tapi untuk kami pada tarikh inilah kami mendapat CF daripada pemaju untuk rumah yang kami beli. Ya Allah syukur atas setiap rezeki yang dikurniakan.
Kronologi semasa mengambil kunci rumahku:
1. Pergi ke pejabat pemaju
2. ada je la pemaju suh bayar itu la ini laa...bla bla bla... mcm2 sebabnya. So diharap kepada yang ingin membeli rumah ...SILA CATAT TARIKH2 PENTING SEPANJANG BERURUSAN..daripada urusan bank sehinggalah selesai tandatangan S&P dan tarikh2 sehingga selesai diluluskan pinjaman juga sehingga selesai bulan pertama bank bayar kepada pemaju... banyak pulak sehingga hahahahah.. padahal kadang2 masalah antara peguam bank n peguam pemaju
3. Mr. Suami pergi merujuk bank ...lawyer bank dan lain2 kerana kami tiada sebarang kelewatan... dan akhirnya pihak pemaju menurunkan pembayaran...
4. Selesai semua pembayaran ...cukai tanah, elektrik, air dan sebagainya maka dapatlah kami kunci rumah pertama kami, Alhamdulillah syukur sangat dapat rumah sendiri ..keperluan asas tu kalo dalam subjek sains pun tempat tinggal merupakan keperluan asas....
5. setelah dapat kunci terus bergegas ke rumah untuk diperiksa apa yang perlu dibuat aduan.... banyak juga lah aduan yang kami buat dalam 10 item juga laa
bersambung .........

Thursday, August 2, 2012

HOME SWEET HOME

" Sesungguhnya hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah swt".

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, Kecantikkannya kecantikkanMU, keindahannya keindahanMU, Kekuatannya kekuatanMU, Kekuasaannya kekuasaanMU, 
Perlindungannya perlindunganMU.
Ya Allah, jika rezeki masih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika jauh dekatkanlah,
 jika dekat permudahkanlah, jika haram sucikanlah. 
Berkat waktu dhuhaMU, KeindahanMU, KecantikkanMU, KekuatanMU, KekuasaanMU.. Limpahkanlah rahmat kepada kami seperti yang pernah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang Soleh.
- Doa Dhuha-

Assalamualaikum sahabat pembacaku yang dirahmati oleh Allah. Allahumma bariklana fi ramadhan.. Ya Allah berkatilah kami di bulan ramadhan.. Amin.. 

Rezeki ni hanya Allah yang beri. Setiap yang kita minta kadang-kadang Allah tangguhkan untuk memberi kerana Allah nak kita dekatkan diri kepadaNya. Namun sedikit coretan ini adalah buat ingatan kepada diriku. Sedikit kronologi untuk mendapatkan rumah pertama kami. Tahun 2011 memang kami mula bergerak ..meronda ..dan semualah perkataan yang sama erti dgnnya untuk mencari rumah idaman kami, ada sahaja kawan yang bagi tau ada rumah untuk dijual, kami bergegas pergi dan bertanya tetapi apakan daya kebanyakkan rumah penuh. Selepas itu kami slow sikit laa mencari namun tetap mencari. Alhamdulillah bulan Syawal 1432 H kami tetapkan niat untuk terus mencari dan membeli kerana harga pada tahun 2011 tanah melambung tinggi naik sehingga dari harga sebelumnya 180k atau 190 k namun pada waktu kami mencari rumah harganya melambung sehingga 70ribu 80 ribu.. Ya Allah cepatnya harga tanah dan rumah naik. 
Justeru itulah menyebabkan kami terus berusaha untuk mencari mana ruang yang kosong. Pada Syawal itu kami menempah pada satu pemaju, rumahnya agak stereotype laaa...dan belum siap pun.. tengok plan pun agak kurang berkenan namun still booking punyalaa nak rumah.. hihihi.. So teruslah pada prosedur mcm biasala... slip2 gaji, salinan kwsp, salinan ic dll.
Namun walaupun telah booking rumah , ianya tidak mematahkan semangatku untuk terus mencari dan cari lagi rumah idaman kami, saya masih bertelepon mana-mana pemaju yang ada..begitu juga dengan suamiku yang sentiasa mencari yang terbaik. Ada satu pemaju ni dia suruh  masuk nama dalam waiting list ..tp x naklaa...kita nak cepat.Nak katanya rezeki, suatu hari tu tetiba ada seorang murid minta tolong sy, dia nak tumpang balik ke rumahnya. So saya pun hantarlah walaupun sebenarnya jalan kami tak sama... tapi saya hantarlah juga. Then bila patah semula saya saja lalu jalan dalam, tetiba nampak iklan.. sy time tu juga berhentikan kereta and make a call. Hello, bole sy tau tentang rumah ni.. then pihak tersebut suruh datang ke bangunan tabung haji. tp masa tu agak xde masa.. then kata kat mr. suami.. abang cube abang call pemaju ni.. suami sy pun call tapi x dpt..akhirnya dia call office number..rupanya yang saya call tu sales marketing bukan pemaju.. tp mr Suami tercall pemaju.. maka mudahlah lagi urusan dan hanya 2 unit rumah aje yang kosong..
Inilah rezeki Allah beri.
yang syoknya rumah yang kami tanya ni dah naik bumbung tau.... Ya Allah termakbulnya doa-doa  adik beradik dan kawan- kawan yang suh kami beli rumah yang dah nak siap atau hampir siap. Walhal rumah yang kami book tu ..tanah pun x ratakan lg.. Ya Allah kami bersyukur kepadaMU atas nikmat yang diberikan...Semoga ada yang terbaik disini ya Allah.. Kami mengharapkan yang terbaik daripadamu.

to be continue..... panjang sgt citer nyer...
wasalam