Friday, July 26, 2013

HOME SWEET HOME 2 (12.12.12)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar..
Assalamualaikum buat para pembaca budiman yang diharapnya sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah. MasyaAllah terlalu lama tidak mencoretkan sebarang kisah di dalam entry sy ni huhuhu..
18 Ramadhan 1434H semakin hampir ramadhan akan pergi meninggalkan kita.. Ya Allah semoga kami termasuk dalam golongan yang diberikan keberkatan olehMu, diampunkan dosa dan bebas daripada api neraka.Terasa sedih terlalu cepat ramadhan berlalu.
Apapun sebenarnya nak mencoretkan sedikit kenangan tentang tajuk yang diutarakan.. Sebenarnya pada 12.12.12 cantik kan tarikh.... selalunya org sgt memilih tarikh ini... tapi untuk kami pada tarikh inilah kami mendapat CF daripada pemaju untuk rumah yang kami beli. Ya Allah syukur atas setiap rezeki yang dikurniakan.
Kronologi semasa mengambil kunci rumahku:
1. Pergi ke pejabat pemaju
2. ada je la pemaju suh bayar itu la ini laa...bla bla bla... mcm2 sebabnya. So diharap kepada yang ingin membeli rumah ...SILA CATAT TARIKH2 PENTING SEPANJANG BERURUSAN..daripada urusan bank sehinggalah selesai tandatangan S&P dan tarikh2 sehingga selesai diluluskan pinjaman juga sehingga selesai bulan pertama bank bayar kepada pemaju... banyak pulak sehingga hahahahah.. padahal kadang2 masalah antara peguam bank n peguam pemaju
3. Mr. Suami pergi merujuk bank ...lawyer bank dan lain2 kerana kami tiada sebarang kelewatan... dan akhirnya pihak pemaju menurunkan pembayaran...
4. Selesai semua pembayaran ...cukai tanah, elektrik, air dan sebagainya maka dapatlah kami kunci rumah pertama kami, Alhamdulillah syukur sangat dapat rumah sendiri ..keperluan asas tu kalo dalam subjek sains pun tempat tinggal merupakan keperluan asas....
5. setelah dapat kunci terus bergegas ke rumah untuk diperiksa apa yang perlu dibuat aduan.... banyak juga lah aduan yang kami buat dalam 10 item juga laa
bersambung .........