Tuesday, July 31, 2012

FASA II

Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Setelah wifi at rumah ada problem and terus ditamatkan tempoh maka di saat itu juga lah diri ini tidak mencoretkan bait-bait ayat untuk dikongsikan bersama. 
Kita dan masuk fasa kedua iaitu magfirah .. Ya Allah hamba-hambamu mendambakan keampunan kepadaMu ya Allah. Hamba-hambaMu banyak melakukan dosa. 
Apakah tujuan berpuasa? Kebanyakkan kita mentafsirkan adalah hanya berpuasa itu sudah mencukupi sedangkan inilah bulan di mana kita dituntut untuk memperbanyakkan segala amalan dan menjauhi segala kemungkaran. Namun bukan di bulan ini sahaja. Ramadhan merupakan bulan tarbiyyah yang mana mendidik hati nurani kita untuk terus menjadi yang terbaik. Semoga diriku yang mudah alpa ini mendapat tarbiyyah yang terbaik di bulan ini yang dapat terus istiqamah untuk 11 bulan berikutnya begitu juga saya mengharapkan untuk sahabat-sahabat pembaca sekalian.